web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM20 Juta Untuk PBT Selenggara Longkang, Elak Banjir Kilat – Nga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 3:19PM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bercakap kepada media sempena Program Sentuhan Kasih di Pasar Awam Sungai Buloh hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI SIPUT - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM20 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara bagi kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan sistem perparitan untuk mengelakkan kejadian banjir kilat.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pada bulan lepas beliau telah menggesa kesemua PBT untuk segera menyelenggara longkang utama menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

“Kita semua maklum bahawa kita semua berada di ambang ketibaan Monsun Timur Laut. Sejak bulan lepas saya telah menggesa semua 155 PBT untuk segera menyelenggara longkang-longkang utama bagi mengelakkan kejadian banjir kilat di bandar,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja sempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Sungai Siput di sini hari ini.

Nga berkata kerja-kerja penyelenggaraan itu sedang berjalan dan beliau masih menunggu laporan perkembangan hasilnya.

“Saya nak minta semua arahan dikeluarkan untuk memantau kerja-kerja kontraktor kita supaya mereka betul-betul menjalankan kerja mengikut jadual berkala yang telahpun ditetapkan mengikut kontrak masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, Nga berkata beliau yakin pegawai yang terlibat dengan bencana banjir akan sentiasa memantau keadaan di kawasan masing-masing dan meminta semua pegawai turun padang bagi menyelami perasaan serta mendengar rintihan hati rakyat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula November hingga Februari 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko.

Sementara itu berkenaan program hari ini, Nga mengumumkan peruntukan sebanyak RM11.03 juta melibatkan projek yang akan dilaksanakan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) di kawasan Sungai Siput.

Beliau berkata antaranya projek baik pulih rumah kampung dalam daerah Sungai Siput, projek bina baharu rumah, projek pembangunan di kampung-kampung baru, projek menyelengara kolam tadahan, penyelenggaraan lampu jenis LED kepada MPKK dan peruntukan Inisiatif Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) kepada Kuil Hindu Sri Subramanyar Alaya Devasthana Paribalana Saba Sungai Siput (U). - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad