web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERSATU Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar SPRM Beku Akaun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 1:45PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan dua akaunnya.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan mahkamah bersetuju dengan hujah BERSATU bahawa kes prima facie memihak kepada parti itu sebagai pemohon.

“Isu yang dibangkitkan oleh pemohon tidak remeh, menyusahkan dan permohonan itu boleh diterima oleh semakan kehakiman. Oleh itu, mahkamah ini membenarkan permohonan pemohon," katanya semasa prosiding dalam talian.

Hakim itu berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) berhujah bahawa kuasa penyiasatan jenayah tidak wajar dengan bergantung kepada beberapa pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati Peguam Negara menggunakan undang-undang yang didapati tidak lagi menjadi undang-undang yang baik, kata hakim.

Mahkamah menetapkan 28 November untuk pengurusan kes.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan, manakala peguam Rosli Dahlan mewakili BERSATU.

Pada 29 Mei, Kapt (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, sebagai pegawai awam BERSATU memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM membekukan akaun banknya untuk siasatan.

Beliau menamakan Peguam Negara (ketika itu), Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki masing-masing sebagai responden pertama dan kedua serta 20 individu lain sebagai responden ketiga hingga ke-22.

BERSATU mendakwa pada 19 April lalu, akaun bank CIMB dan AmBanknya disita tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

BERSATU mendakwa SPRM mengeluarkan kenyataan pada 20 April bahawa kedua-dua akaun itu disita pada 11 April tetapi tidak pernah memaklumkan kepada mereka mengenai tarikh tersebut.

Pada 30 Mei, Ahmad Kamal membenarkan permohonan kebenaran parti itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SPRM membekukan akaun banknya untuk siasatan dan larangan perjalanan oleh Jabatan Imigresen terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 3 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad