web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Nafi Dakwaan Ambulans Dirempuh Pemandu Mabuk Di Putrajaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 8:17AM

Tangkap layar kemalangan di persimpangan berhampiran Menara Usahawan di Putrajaya. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan sebuah klip video tular yang mengaitkan insiden sebuah ambulans yang terbalik di Putrajaya malam semalam akibat dilanggar seorang pemandu mabuk.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam satu kenyataan malam ini meminta orang ramai agar tidak membuat andaian tentang kejadian itu dan jika mereka berada di tempat kejadian diharap melaporkan kepada pihak polis.

“Netizen pandai-pandai membuat ulasan sendiri kerana siasatan pegawai penyiasat di lokasi kejadian mendapati pemandu berkenaan tidak di bawah pengaruh alkohol dan saringan air kencing lelaki itu didapati negatif.

"Laluan untuk pemandu kereta itu berjalan seiring dengan kenderaan lain di lorong kanan dan kiri serta pemandu kereta itu tidak dengar atau melihat siren ambulans kerana keretanya terhalang dengan kenderaan sebelah yang berjalan seiring,” katanya.

Asmadi berkata kejadian itu berlaku pada 11.45 malam di persimpangan lampu isyarat Lebuh Bestari berdekatan Menara Usahawan ketika sebuah ambulans membawa seorang pesakit terbalik selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing.

Beliau berkata siasatan mendapati ambulans dinaiki tiga kakitangan Hospital Putrajaya itu dalam perjalanan ke hospital selepas mengambil seorang pesakit di Presint 18.

Katanya ketika tiba di lokasi kejadian, ambulans berkenaan sedang melalui persimpangan lampu isyarat itu dengan membunyikan hon dan siren sebelum tiba-tiba dilanggar kereta dari arah bertentangan.

"Siasatan mendapati pemandu kereta itu panik dan tidak sempat brek sebelum melanggar ambulans tersebut ketika melalui persimpangan lampu isyarat itu di mana ketika itu lampu bertukar hijau," katanya.

Beliau berkata kereta berkenaan dari arah Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra manakala ambulans itu dari arah Presint 18 menuju ke Hospital Putrajaya.

“Akibat rempuhan itu, ambulans berkenaan terbalik dan tiga mangsa termasuk dua penumpang ambulans dan seorang pesakit mengalami kecederaan manakala pemandu kereta dan penumpang tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Asmadi berkata ketika kejadian permukaan jalan rata dan tidak licin dan kes itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata polis turut memohon rakaman sistem litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan  saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran