Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Agensi Nuklear Malaysia Pergiat Promosi, Luaskan Penggunaan Anak Benih Padi NMR152

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 4:46PM

Agensi Nuklear Malaysia pergiat promosi penggunaan anak benih padi mutan NMR152 kepada pesawah. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Agensi Nuklear Malaysia akan mempergiat promosi bagi memperluas penggunaan anak benih padi mutan NMR152 kepada pesawah, terutamanya di kawasan luar jelapang dalam usaha membantu mempertingkatkan hasil keluaran tanaman.

Pengarah Bahagian Agroteknologi dan BioSains, Agensi Nuklear Malaysia, Dr Azhar Mohamad berkata, benih padi varieti itu menunjukkan hasil tinggi dan stabil di pelbagai persekitaran dan sesuai ditanam di siri tanah berbeza terutamanya di kawasan tanah bermasalah.

"Kebiasaannya tanah bermasalah ini hanya mampu mengeluarkan hasil kurang daripada satu tan metrik tetapi dengan penggunaan benih padi NMR152 ini, tanaman mampu mengeluarkan hasil berganda antara 40 hingga 60 peratus dengan mengikut tatacara penanaman betul.

"Bagi hasil padi di kawasan jelapang pula, benih varieti berkualiti tinggi menggunakan teknologi nuklear kaedah biakbaka aruhan sinaran gama itu, ia mampu mengeluarkan hasil sembilan hingga 11 tan metrik berbanding hanya lima hingga tujuh tan metrik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Program Promosi Bersasar Siri 3 yang disempurnakan oleh Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan turut dihadiri Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Rosli Darmawan serta Pengarah Bahagian Pengkomersilan Teknologi Agensi Nuklear Malaysia, Dr Rasif Mohd Zain. 

Mengulas lanjut Azhar berkata, Agensi Nuklear Malaysia juga sedang dalam perbincangan membawa anak benih padi NMR152 ke Sabah untuk ditanam, selain menjalankan kajian bagi membuat penilaian tahap kesesuaian dan jika berjaya pihaknya akan mengembangkan penggunaan varieti tersebut di negeri itu.

Katanya, padi tersebut mempunyai ciri-ciri berkualiti tinggi iaitu tahan pada perubahan cuaca tidak menentu seperti kemarau dan banjir iaitu mampu bertahan sekiranya terendam dalam air kira-kira 20 hari selain  rintang terhadap penyakit karah.

Sementara itu, Fairul Nizam berkata, sektor pertanian juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Melaka dan pihaknya menyambut baik sokongan pihak kerajaan dan swasta yang menerokai peluang memodenisasikan sektor pertanian sebagai usaha untuk membangunkan sektor itu secara lestari.

Katanya, pihaknya akan mengadakan perbicangan bersama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh bagi memanfaatkan teknologi nuklear itu dengan memperluas penggunaan anak benih padi NMR152, sekali gus dapat mempertingkat hasil keluaran padi di Melaka.

"Perkembangan ini memberi manfaat bagi jangka masa panjang khusus dalam aspek kawalan harga bekalan makanan yang memberikan manfaat besar kepada rakyat.

"Saya berharap dalam masa beberapa tahun akan datang, Melaka dapat menjadi negeri yang kompeten dalam pembangunan sektor pertanian dan komoditi pertanian boleh mencapai 100 peratus tahap sara diri  melalui pendekatan dan polisi agromakanan yang bersifat ‘market–driven’," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perintah Bela Diri Bung Moktar, Isteri Bercanggah Dengan Keterangan Di Mahkamah

Semasa 1 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok

Semasa 1 hari yang lalu

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis