web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Jalan Kuala Kubu Bharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 3:05PM

Kemalangan membabitkan kereta Perodua Axia dan Toyota Avanza. - gambar JBPM Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Kubu Bharu, Rawang berhampiran Serendah Golf Resort dekat sini kira-kira 11 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan di lokasi, mangsa yang maut ialah Rosihat Lemon, 68, Chan Kwai Hoong, 62, dan Soo Yoke Siew, 53.

Beliau berkata kemalangan itu membabitkan Perodua Axia dinaiki Chan dan Soo dengan Toyota Avanza dinaiki Rosihat bersama wanita yang cedera parah yang belum dikenal pasti identitinya.

"Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala penumpang wanita yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu pada 11.06 pagi.

Menurutnya 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta Rawang digegaskan ke lokasi kejadian manakala punca kemalangan sedang disiasat lanjut. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad