Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hanya 73 Kertas Undi Pos DI PRK Jepak, Tiada Undi Awal

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 7:47PM

Proses pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon bertanding. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 73 kertas undi pos kepada pemilih berdaftar yang layak termasuk anggota polis, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada 4 Nov ini.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengeluaran kertas undi pos dilakukan petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus, semalam (23 Okt).

Sehubungan itu, tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 31 Okt ini.

“Kertas undi pos telah dikeluarkan terdiri daripada 70 Kategori 1A (petugas pilihan raya dan anggota polis), satu undi pos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara), serta dua kategori 1C (agensi dan organisasi),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata proses pengeluaran kertas undi pos itu juga dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon bertanding.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2), serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum 5 petang pada hari mengundi, iaitu pada 4 Nov.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya.

PRK Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

Pilihan raya kecil itu yang ditetapkan pada 4 Nov ini, diadakan susulan kematian penyandang kerusi Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

Semasa 2 jam yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak