Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penuntut Palestin Berterima Kasih Kepada Malaysia Atas Sokongan Tidak Berbelah Bahagi

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 7:37PM

Orang awam sudah mula berhimpun di Stadium Axiata Arena di Bukit Jalil bagi menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, malam ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga Palestin yang menuntut di Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana sentiasa memperjuangkan kepentingan Palestin.

Said Aljamala, 28, calon Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan struktur di Universiti Putra Malaysia (UPM) percaya sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia perlu dijadikan suri teladan kepada negara Islam lain, khususnya di Semenanjung Arab.

"Saya dimaklumkan bahawa Himpunan Malaysia bersama Palestin akan diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. Walaupun saya tidak dapat menghadiri perhimpunan itu kerana ada urusan berkaitan pengajian, saya difahamkan rakan senegara saya juga akan menyertai acara itu. Inisiatif sebegini amat menyentuh hati kami, rakyat Palestin.

"Kita mesti faham bahawa pertempuran di negara Palestin ialah perjuangan yang dikongsi bersama oleh semua umat Islam, dan Malaysia telah menunjukkan dedikasi yang tegas terhadapnya. Saya berharap dengan mengadakan perhimpunan solidariti seperti ini, kita akan dapat tunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam ialah komuniti bersatu padu yang sentiasa peka dengan situasi yang menimpa saudaranya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Said berkata pengeboman oleh tentera Israel baru-baru ini telah memusnahkan rumah keluarganya di Al-Sabra yang terletak di selatan bandar Gaza, bagaimanapun kesemua tujuh ahli keluarganya dapat melarikan diri sebelum letupan itu berlaku.

Said berkata beliau telah melakukan banyak percubaan untuk menghubungi keluarganya bagi mengetahui perkembangan terkini keadaan di Gaza, namun usahanya sering kali gagal kerana ketiadaan elektrik dan liputan Internet di kawasan itu.

"Walaupun sukar untuk menghubungi mereka, saya sentiasa mendoakan agar mereka tabah dan selamat di sana. Saya berharap semua rakyat Malaysia akan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi," katanya.

Sementara itu, pelajar ijazah kedoktoran daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM yang mahu dikenali sebagai Zidan, 29, berkata beliau terhutang budi selama-lamanya dengan solidariti daripada rakyat Malaysia untuk Palestin, tanpa mengira agama dan bangsa.

"Sebelum ini, saya pernah menyertai perhimpunan mengecam kekejaman rejim tentera Israel di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di sini. Saya perhatikan ketika itu selain umat Islam, yang bukan Islam seperti orang Cina dan India turut serta dalam perhimpunan itu.

"Keadaan ini menggambarkan cara perjuangan hak asasi manusia yang merangkumi seluruh dunia dengan melibatkan semua orang. Walaupun pada masa ini saya agak bimbang dengan keselamatan keluarga di Gaza, perasaan itu agak berkurangan jika semua rakyat Malaysia memberikan sedikit sokongan," katanya.

Zidan berkata sehingga kini beliau tidak dapat menghubungi keluarganya di utara bandar Gaza sejak perang meletus pada 7 Okt lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri Himpunan Malaysia bersama Palestin yang akan berlangsung malam ini, bersama-sama puluhan ribu peserta.

Program yang dikelolakan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Malaysia (GPM) diadakan bukan hanya untuk mempamerkan sokongan jitu rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin, tetapi juga mendidik orang ramai berhubung sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara Timur Tengah itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

Semasa 5 jam yang lalu

Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia Pada 7, 8 Mei 

Semasa 1 hari yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras