web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NRECC Akan Dapatkan Laporan Lengkap Insiden Banjir Kilat Di Zoo Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 6:16PM

Kakitangan Zoon Negara membersihkan kesan lumpur akibat banjir kilat pada Rabu minggu lalu. - gambar Zoo Negara Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian banjir kilat di Zoo Negara pada 18 Okt lepas bagi mengelakkan insiden berulang, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Kita akan dapatkan maklumat lanjut untuk tengok apa punca dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan dan Pelancaran Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030 di sini hari ini.

Media melaporkan seramai 50 pengunjung terperangkap semasa kejadian banjir kilat melanda Zoo Negara, namun mereka diselamatkan oleh petugas zoo dengan menaiki lori dan traktor.

Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmad Lana dilaporkan berkata Zoo Negara menanggung kerugian lebih RM300,000 ekoran kejadian banjir kilat itu.

Rosly berkata punca air naik di kawasan Zoo Negara dipercayai akibat limpahan dari Sungai Kemensah yang tidak dapat menampung walaupun sungai tersebut sudah diperbesarkan.

Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi berkata kerajaan akan mengkaji penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA) bagi mengatasi isu jerebu yang dihadapi negara hampir setiap tahun.

Beliau berkata kementerian kini sedang meneliti sama ada pelaksanaan akta tersebut "berbaloi atau tidak" memandangkan terdapat beberapa kekangan termasuk dari segi pendakwaan.

“Berdasarkan undang-undang sama yang dikuatkuasakan di Singapura (Transboundary Haze Pollution Act 2014), republik itu mengesahkan ada beberapa syarikat sudah dibawa untuk disiasat namun agak mencabar untuk mensabitkan hukuman ke atas syarikat itu.

“Itu yang kami dapat setakat ini. Itu yang kita rasa kita perlu lihat dengan teliti. Kalau betul-betul ada (penggubalan THA), kita nak benda itu bermanfaat dan berkesan untuk melindungi rakyat Malaysia,” katanya.

Pada 12 Okt lepas di Dewan Rakyat, Nik Nazmi berkata kerajaan akan terus mengkaji penggubalan THA yang disifatkan memiliki beberapa kekangan buat masa ini.

Pada Mei lepas, Nik Nazmi dilaporkan berkata kerajaan perlu melihat kebolehlaksanaan akta tersebut dengan mempertimbangkan hubungan diplomatik (dengan negara luar) dan langkah pencegahan pencemaran alam sekitar. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad