web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APPGM Mengenai Dasar Pelarian Tuntut Gencatan Senjata Di Gaza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 5:22PM

Penduduk Palestin menyelamatkan naskhah Al-Quran yang bertaburan selepas Masjid Muhammad Al Amin yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dibedil tentera Israel, baru-baru ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) mengenai Dasar Pelarian hari ini menuntut gencatan senjata dan perlindungan terhadap orang awam di Gaza, Palestin dikuatkuasakan segera.

Pengerusinya Syerleena Abdul Rashid yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, peperangan berlaku itu telah menyebabkan ramai orang awam tidak bersalah menjadi korban terbesar.

“Nilai teras kita sebagai rakyat Malaysia - perpaduan, belas kasihan dan kemanusiaan - memaksa kita untuk berdiri bersama rakyat Gaza,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) dan Muhammad Fawwaz Mohammad Jan (PN-Permatang Pauh).

Justeru, Syerleena berkata masyarakat antarabangsa perlu campur tangan secara aktif untuk mencegah pencerobohan dan jenayah kemanusiaan yang semakin teruk.

Beliau berkata APPGM mengenai Dasar Pelarian juga menggesa masyarakat antarabangsa, termasuk Malaysia, untuk berhimpun bersama-sama dan memastikan bantuan kecemasan sampai kepada mereka yang memerlukan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad