web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


20,000 Peserta Dijangka Hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin - Penganjur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 9:10AM

Poster Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin yang dikongsi di FB Anwar Ibrahim, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 20,000 orang dijangka menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Faizal Abdul Aziz berkata, perhimpunanan itu dijadualkan bermula dengan solat Maghrib disusuli solat hajat yang dipimpin imam dan qari dari Palestin, Shaykh Rami As-Sousi.

“Turut menjadi fokus perhimpunan adalah ucapan komitmen pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang mewakili rakyat Malaysia yang konsisten bersama perjuangan rakyat Palestin, manakala acara kemuncaknya sudah pasti ucapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Perhimpunan dikelolakan ABIM dan Global Peace Malaysia (GPM) selaku penganjur utama itu, dijangka bermula pada jam 7.30 hingga 10.30 malam dan turut membabitkan lebih 40 NGO seperti Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

“Kami harapkan perjuangan membela rakyat Palestin berterusan kerana bagi ABIM, himpunan yang dianjurkan ini bukan penamat, tetapi sebagai satu nafas baharu untuk rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memperjuang hak rakyat Palestin.

“Harapan kami agar perjuangan ini turut sama disambut oleh generasi akan datang agar penjajahan Zionis Israel berakhir di Palestin,” katanya yang memaklumkan ABIM sudah menghantar tiga memorandum kepada pihak berkaitan bagi menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kezaliman Zionis Israel.

Sementara itu, Presiden MAHAR, Jismi Johari berkata, program malam ini bukan sahaja untuk mempamerkan sokongan jitu rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin, tetapi juga untuk mendidik orang ramai mengenai sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara Asia Barat itu. 

"Orang ramai boleh datang dan mendengar ucapan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Palestin. Ini adalah peluang yang baik untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh berhubung isu ini.. isu ini bukan semata-mata atas perjuangan agama, tetapi ia juga melibatkan isu berkaitan hak asasi manusia,” katanya. 

Beliau berkata, peserta digalakkan memakai baju berwarna putih serta mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti Malaysia kepada Palestin. 

"Saya juga menasihatkan orang ramai yang ingin menyertai himpunan ini untuk datang awal kerana pintu stadium akan dibuka pada 6.30 petang," katanya dan menambah trak makanan turut disediakan, selain persembahan oleh artis terkemuka antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad