web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Jepak: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 31 Okt

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 2:43PM

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey ketika ditemubual menjelang proses penamaan calon esok bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.67 Jepak ketika tinjauan di Dewan Suarah Bintulu hari ini.- gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, 31 Okt ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey berkata ini kerana kesemua 43 anggota polis yang mengundi awal pada PRK itu akan menggunakan sistem undi pos.

“Tiada pusat pengundian awal akan dibuka… cuma undi pos sahaja,” katanya kepada pemberita selepas sesi simulasi proses penamaan calon PRK Jepak di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Abang Zainuddin berkata sebanyak sembilan borang penamaan calon bagi PRK itu sudah terjual setakat ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 Nov ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 21 dan 31 Okt.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.

PRK itu menyaksikan seramai 22,804 orang pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad