web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kenaikan Harga Ayam Di Melaka - KPDN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 12:02PM

Tiada kenaikan harga ayam di Melaka. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA, 20 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka menafikan berlakunya kenaikan harga ayam di negeri ini.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata bekalan ayam dan juga pergerakan harga ayam di pasaran Melaka adalah terkawal dan masih mengikut harga kawalan yang ditetapkan kerajaan.

"Semalam tular satu laporan akhbar menyatakan harga ayam di Melaka naik 70 sen dan ia adalah tidak benar.

"Hasil pemantauan berterusan Pegawai Pemantau Harga (PPH) dan juga pemeriksaan harian oleh Penguatkuasa KPDN Melaka di seluruh negeri Melaka mendapati rata-rata peniaga masih mengekalkan jualan harga ayam di bawah harga kawalan iaitu RM9.40, malah ada juga premis menjual ayam serendah RM7.99 sekilogram," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norena berkata masih terdapat segelintir peniaga yang mengenakan caj pemotongan ayam antara 30 sen hingga RM1 bagi sekilogram, namun ia adalah pilihan kepada pengguna atas perkhidmatan yang ditawarkan.

Sementara itu, beliau katanya sebanyak 24,543 premis perniagaan diperiksa setakat semalam dengan meliputi semua lapisan perniagaan iaitu peruncit, pemborong dan pengilang serta peladang.

"Sebanyak 296 kes telah direkodkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM1,619,571.85 yang terdiri dari semua akta undang-undang yang dikuatkuasakan kementerian ini.

"Kompaun bernilai RM54,200 turut dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dan setakat ini tiada aduan rasmi berkaitan harga ayam diterima oleh pihak KPDN Melaka," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak mendapatkan maklumat sahih sebelum menyebarkan kepada umum bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Para peniaga pula diingatkan agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan kelestarian perdagangan di negeri ini, katanya.

“Pengguna juga diminta melaporkan kepada KPDN atas sebarang salah laku dan aduan berkaitan perdagangan dan isu kepenggunaan menerusi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDN Negeri Melaka  di talian 06-2345869 yang beroperasi setiap hari seawal 9.00 pagi hingga 6.00 petang di samping saluran aduan melalui aplikasi Whatsapp iaitu 019 - 279 4317,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad