web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Guna Segala Usaha Diplomatik Halang Pembunuhan Orang Awam Di Gaza - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 12:38PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) ke-14 2023, di sini, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menggunakan segala usaha diplomatik dalam bekerjasama dengan rakan negara ini bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza dan tidak seharusnya ada keraguan terhadap komitmen negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) ke-14 2023 di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia percaya dalam menegakkan undang-undang antarabangsa serta keselamatan dan kemakmuran adalah berdasarkan keutamaan peraturan yang mengawal interaksi antara negara.

“Segalanya ada kaitan dengan undang-undang kerana itulah yang sepatutnya kita semua pertahankan pada saat bahaya besar ini dan itu sepatutnya begitu terutamanya bagi negara-negara di dunia yang sentiasa pantas mendakwa bahawa mereka menyokong peraturan berdasarkan perintah antarabangsa.

“Tetapi ia juga tidak ada kena mengena dengan undang-undang kerana negara-negara yang sama ini cepat menangguhkan perbincangan sebegitu apabila ia melibatkan Israel, pendudukan kejamnya terhadap rakyat Palestin dan sikap tidak menghiraukan peraturan berdasarkan perintah antarabangsa,” kata beliau.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Menyentuh mengenai inisiatif ASEAN, Anwar berkata negara-negara ASEAN mesti memperjuangkan dasar yang menggalakkan dan menegakkan kesaksamaan gender merentasi pelbagai bidang termasuk pendidikan, pekerjaan dan kepimpinan.

Justeru, beliau berkata ASEAN perlu memberi ruang dan perhatian kepada sumbangan wanita, mengiktiraf potensi mereka dan memberi mereka peluang sama rata untuk memimpin dan berinovasi.

Perdana Menteri turut memuji inisiatif selaras dengan Pelan Hala Tuju ASEAN mengenai Penghapusan Bentuk Terburuk Buruh Kanak-Kanak menjelang 2025, rangka kerja kerjasama seluruh rantau yang melengkapkan komitmen dan tindakan menentang buruh kanak-kanak di peringkat global.

“Walaupun pelaksanaan larangan protokol pilihan terhadap pornografi kanak-kanak berbeza antara bidang kuasa, komitmen untuk memeranginya terbukti melalui undang-undang domestik yang melarang jenayah kejam ini,” kata beliau.

Undang-undang seharusnya seiring dengan kewajipan moral untuk memastikan ibu bapa menghormati dan menunaikan amanah yang dibebankan kepada mereka untuk kesejahteraan anak-anak mereka, kata beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar