web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Pertimbang Naikkan Elaun Kesusahan Pasukan SMART - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2023 8:25PM

Ahmad Zahid Hamidi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar elaun kesusahan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), yang kini RM100 sehari, kepada suatu jumlah yang lebih munasabah sebagai penghargaan dan motivasi kepada anggota pasukan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata elaun yang dikhususkan kepada anggota pasukan SMART yang menyertai operasi misi mencari dan menyelamat (SAR) di luar negara itu masih rendah.

Menyatakan kerajaan amat menghargai jasa dan komitmen pasukan SMART yang terlibat dengan pelbagai misi SAR, beliau telah meminta Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus untuk melihat perkara itu.

“Adalah munasabah jika elaun mereka yang dipanggil elaun kesusahan ini dapat dipertingkatkan sesuai dengan penyertaan mereka dalam misi SAR.

 Mereka adalah yang terbaik dalam pasukan mereka dan telah terpilih ke pasukan SMART,” katanya   kepada media selepas melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 (BKN2023) di Markas SMART di Pulau Meranti, dekat sini hari ini.

Elaun kesusahan atau elaun khas diperkenal pada 24 Feb lepas selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian elaun itu kepada anggota pasukan SMART yang menyertai misi SAR mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria. 

Pemberian elaun itu mendapat perhatian Anwar selepas beliau melakukan lawatan ke kem pasukan SMART di Turkiye pada 15 Feb lepas.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut mencadangkan pasukan SMART yang kini dianggotai 141 anggota daripada tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Tentera Malaysia itu diperluaskan kepada tujuh agensi.

Pada 8 Feb 2023, pasukan SMART telah diiktiraf sebagai pasukan Mencari dan Menyelamat Bandar (USAR) oleh  Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (Insarag) di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyertai misi bencana di luar negara.

Ahmad Zahid dalam pada itu turut menyarankan semua agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana agar mengaplikasikan teknologi terkini selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bagi memperkasakan operasi SAR.

Beliau berkata penggunaan teknologi tersebut mampu membantu agensi yang terlibat untuk memahami risiko bencana, mempercepatkan proses membuat keputusan dan perkongsian maklumat bencana dapat disalurkan  secara masa nyata.

“Selain kebergantungan kita kepada sumber manusia, teknologi terkini seperti UAV (kenderaan udara tanpa pemandu atau dron) perlu dimanfaatkan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad