web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terlindung Matahari Punca Rumput Tidak Cantik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 1:16PM

Penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed membaiki semula keadaan rumput pada perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023, Malaysia menentang India di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengakui keadaan padang di Stadium Nasional tidak berada dalam keadaan yang baik, susulan kurang pendedahan kepada cahaya matahari secara langsung.

Unit Komunikasi Korporat PSM, dalam satu kenyataan media mengakui mengetahui keadaan padang di beberapa lokasi dan sudah mengambil langkah segera menggunakan cahaya buatan (grow light) untuk mengatasinya.  

"PSM sedia maklum keadaan padang di beberapa tompok bertentangan 'grandstand' yang kurang kukuh akibat pendedahan cahaya matahari yang lebih rendah di kawasan tersebut. Namun perkara ini tidak seharusnya berlaku.

"PSM telah menggunakan 'grow light' bagi merangsang pertumbuhan rumput di sekitar kawasan tompokan itu. Namun, ia tetap tidak sama dengan keupayaan sinaran matahari semula jadi," katanya.

Kenyataan itu susulan kepingan rumput di padang berkenaan tercabut ketika pasukan Harimau Malaya bertemu pasukan India dengan jolokan The Blue Tigers malam tadi pada perlawanan Pestabola Merdeka.

PSM memaklumkan, tempoh masa yang diperlukan bagi pertumbuhan rumput yang cantik adalah sekitar 12 bulan.

Namun, bagi pertandingan yang berlangsung malam tadi, PSM hanya mempunyai lapan bulan selepas proses penanaman rumput itu dilakukan pada Februari lalu.

"Keadaan hujan sepanjang minggu lepas juga tidak membantu dalam penyediaan pertumbuhan padang baharu itu.

“Di sebalik beberapa tompokan rumput yang tercabut, PSM berpuas hati dengan keupayaan sistem perparitan baharu dan kemajuan dalam padang tersebut," katanya.

Pada masa sama, PSM menyatakan keyakinan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan berada di dalam keadaan yang baik menjelang Kelayakan Piala Dunia.

"PSM yakin perkara tersebut akan diatasi dan tompokan tertentu di padang Stadium Nasional Bukit Jalil bakal pulih sepenuhnya," katanya.

Kualiti padang SNBJ menjadi persoalan dalam kalangan peminat bolasepak yang menonton perlawanan Malaysia menentang India malam tadi.

Pada perlawanan itu, rumput di padang terbabit tercabut di beberapa bahagian, hingga mengganggu pergerakan dan aksi pemain kedua-dua pasukan.

Berikutan itu, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik hantaran melalui aplikasi X yang memaklumkan bahawa beliau sudah mengingatkan pengurusan SNBJ bahawa padang itu memerlukan sedikit masa sebelum ia boleh digunakan.

“Semalam (kelmarin) semasa majlis penyerahan padang, saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat.

“Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok (semalam) semasa perlawanan,” katanya. – Getaran, 14 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad