web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Industri Seni Terima Manfaat Belanjawan 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 8:24PM

Penggiat industri seni bakal menikmati pengecualian duti hiburan bagi persembahan atas pentas di Wilayah Persekutuan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggiat industri seni negara bakal menikmati pengecualian duti hiburan bagi persembahan atas pentas di Wilayah Persekutuan tahun depan.

Inisiatif melalui Belanjawan 2024 itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi di Dewan Rakyat, sejajar tindakan sama Kerajaan Selangor sebelum ini.

"Pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan, pengurangan kepada 5 peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.

"Pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, petang tadi.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mencadangkan agar kerajaan negeri masing-masing mengambil inisiatif yang sama untuk mengurangkan duti hiburan.

Jelasnya, tindakan itu secara tidak langsung dapat menyokong perkembangan bakat-bakat kreatif tempatan selain merancakkan lagi aktiviti pelancongan negara.   

Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga bercadang untuk menetapkan kadar cukai pendapatan khas antara kosong hingga sepuluh peratus kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia. 

"Langkah ini akan menggalakkan kemasukan produksi filem asing ke Malaysia dan seterusnya menyaingi tawaran insentif negara lain," katanya.

Bagi mengangkat martabat industri seni negara, Anwar berkata, kerajaan akan mengembalikan semula anugerah yang dibuat khas bagi menghargai bakat-bakat tempatan.

"Sebagai pengiktirafan dan penghargaan tahap tertinggi kepada tokoh-tokoh dan penggiat seni, budaya dan warisan, kerajaan akan kembali menganjurkan Anugerah Seni Negara secara tahunan," katanya. – Getaran, 13 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad