web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM1.2 Bilion Dalam Belanjawan 2024 Untuk Lindungi Kesejahteraan, Perkasa OKU

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 6:54PM

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, petang tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM1.2 bilion untuk terus melindungi kesejahteraan dan mendaya upaya orang kurang upaya (OKU) pada tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia antaranya untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan seperti penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan turut ditingkatkan kepada RM300 sebulan berbanding RM150.

Langkah itu katanya akan memberi manfaat kepada lebih 18,000 pelatih OKU dengan tambahan peruntukan RM30 juta.

"Bagi memberikan manfaat kepada usahawan OKU mikro, kemudahan pembiayaan khas oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) disediakan sebanyak RM50 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Anwar berkata sejumlah RM1 bilion diperuntukkan untuk melindungi kesejahteraan warga emas antaranya untuk membiayai bantuan tunai dan penyaluran dana kepada institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.

Beliau berkata kerajaan mencadangkan supaya Elaun Bangunan Industri diberikan kepada Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta Warga Emas yang diluluskan Kementerian Kesihatan dengan kadar 10 peratus daripada kos bangunan yang dibina atau dibeli, termasuk kos pengubahsuaian bagi setiap tahun taksiran.

"Elaun ini diberi bagi perbelanjaan yang layak dilakukan mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad