web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Peruntuk RM60 Juta Bangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G – Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 6:30PM

Rangka kerja yang akan dibangunkan oleh CyberSecurity bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman serangan siber. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk membangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Teknologi 5G, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata rangka kerja yang akan dibangunkan oleh CyberSecurity ini adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman serangan siber.

“Setakat September 2023, Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya membangunkan rangkaian 5G dengan liputan di kawasan berpenduduk 70.2 peratus. Sebagaimana dijanjikan, rangkaian 5G akan mencapai kira-kira 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini.

“Rakyat kini boleh menikmati perkhidmatan 5G yang ditawarkan oleh semua syarikat telekomunikasi pada tahap kualiti yang amat baik,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi meningkatkan penerimagunaan 5G, beliau berkata usaha gigih akan diperhebat dengan kerjasama syarikat telekomunikasi supaya lebih ramai pengguna dan perusahaan mendapat manfaat. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran