web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Laksanakan 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 6:21PM

Projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi akan dilaksanakan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Kedah dan Kelantan yang sering terjejas banjir. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan melibatkan kos RM11.8 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata projek terlibat termasuk Rancangan Tebatan Banjir di Lembangan Sungai Pahang, Pahang, Sungai Langat Fasa 2 (Selangor), Sungai Jelai, Kuala Pilah (Negeri Sembilan) dan Sungai Likas, Kota Kinabalu (Sabah).

“Selain itu, Kuching Fasa 2 (Sarawak), Baling Fasa 2 (Kedah) dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sungai Kelantan Fasa 2 (Kelantan),” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Parlimen hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Surat Setuju Terima (SST) bagi 24 projek dijangka dikeluarkan tahun ini bermula Oktober tahun ini melibatkan kos keseluruhan RM5.1 bilion manakala bakinya akan dikeluarkan SST pada suku tahun pertama 2024.

Sementara itu, bagi mengurangkan risiko air bertakung dan banjir kilat, beliau berkata kerajaan menyediakan sebanyak RM20 juta kepada 150 pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak.

Selain itu, bagi mengekang tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Batang Kali, Selangor akhir tahun lepas, kerajaan menyediakan RM563 juta bagi pembaikan cerun seluruh negara termasuk untuk program pemantauan, pencegahan dan pelaporan serta amaran awal melibatkan lebih 2,000 cerun yang berisiko tinggi, kata beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad