Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Surat Larangan Cetuskan Kekeliruan, Aman Palestin Desak Dr MAZA Beri Penjelasan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 3:57PM

gambar FB Aman Palestin Berhad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Perlis diminta membuat penjelasan berhubung surat larangan mengutip derma di negeri itu yang dikenakan ke atas syarikat Aman Palestin Berhad.

Jurucakap Aman Palestin berkata, syarikat berkenaan pada 7 Jun lalu telah menerima kebenaran derma khairat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. 

Menurut beliau, surat dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perlis pada 24 Ogos itu menimbulkan pelbagai kekeliruan, khususnya dalam kalangan orang ramai.

“Adakah surat kebenaran memungut derma khairat dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis bertarikh 7 Jun 2023 telah terbatal atau dibatalkan?

“Apakah yang dimaksudkan dengan ‘hal-hal yang tidak jelas dan menimbulkan persoalan berhubung dengan kutipan Tabung Aman Palestin’,” katanya.

Jelas jurucakap tersebut, Aman Palestin juga mahu mengenal pasti pihak yang membuat aduan dan meminta siasatan dijalankan ke atas syarikat terbabit berhubung kutipan derma dijalankan.

“Adakah terdapat sebarang laporan polis, laporan kepada Jabatan Mufti, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Perlis mengenai wang kutipan Aman Palestin?

“Adakah Jabatan Mufti Perlis boleh memberi ‘arahan’ secara tersirat supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis melarang Aman Palestin membuat kutipan di premis-premis agama Islam di negeri Perlis sehingga siasatan selesai dan kepastian diperolehi,” katanya.

Surat yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Surat yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Getaran hari ini melaporkan, status kutipan derma dilancarkan Aman Palestin sekali lagi menjadi sebutan, susulan surat rasmi dikeluarkan Jabatan Mufti Perlis.

Surat bertarikh 24 Ogos yang ditandatangani Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu antara lain memberitahu, ada hal yang tidak jelas melibatkan Aman Palestin dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Mohd Asri menerusi surat berkenaan juga mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis melarang sebarang kutipan derma di bawah nama Aman Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Aman Palestin berkenaan berkata, syarikat terbabit adalah sebuah pertubuhan tidak bermotifkan keuntungan yang didaftarkan di Malaysia pada 3 Januari 2006.

“Sepanjang tempoh kewujudan sehingga hari ini, kami telah melaksanakan pelbagai projek bantuan kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat, khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria dan Yaman.

“Ia meliputi kempen Ramadan Bersamamu, Korban di Bumi Anbia, bantuan musim sejuk, pembinaan sekolah, hospital dan masjid, bantuan pembiayaan keluarga miskin, anak yatim dan bantuan biasiswa,” katanya.

Tegas beliau, semua bantuan itu tidak hanya khusus di luar negara, bahkan turut mencakupi dalam Malaysia seperti bantuan banjir, bantuan persekolahan, bantuan COVID-19, bantuan Ramadan dan ibadah korban.

“Aman Palestin juga menjalankan kutipan derma di seluruh negara melalui cawangan negeri di mana setiap kutipan akan diawali terlebih dahulu dengan surat kebenaran daripada pihak berwajib khususnya Jabatan Agama Islam negeri-negeri.

“Bagi negeri Perlis, Aman Palestin telah mendapat surat kebenaran untuk memungut derma khairat di negeri Perlis dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan untuk tujuan tersebut, pengurusan Aman Palestin negeri Perlis sudah meletakkan tabung-tabung derma di premis-premis perniagaan, institusi-institusi Agama dan Pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kutipan derma berkenaan berjalan tanpa sebarang masalah, sehinggalah ia mula menjadi isu apabila surat Jabatan Mufti Perlis berlegar di media.

“Bagaimanakah dan bolehkah surat rasmi antara jabatan kerajaan negeri Perlis dapat sampai ke tangan portal PROmediaTAJDID dan disebarkan kepada orang awam?

“Mengapakah pihak PROmediaTAJDID memilih tarikh hari ini (11 Oktober 2023) untuk menyiarkan isi kandungan surat Jabatan Mufti Negeri Perlis bertarikh 24 Ogos 2023, iaitu setelah hampir dua bulan berlalu,” katanya, kesal.

Katanya, semua persoalan tersebut perlu dijawab memandangkan ia melibatkan nama baik, kewibawaan dan integriti Aman Palestin sebagai pertubuhan berdaftar yang sah mengikut undang-undang Malaysia.

Beliau memberi amaran, Aman Palestin tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, termasuk dari sudut perundangan demi mempertahankan integriti dan nama baik mereka.

“Aman Palestin menuntut supaya mana-mana pihak yang cuba menuduh Aman Palestin dengan tuduhan, tomahan dan fitnah liar, tidak berasas dan tidak bertanggungjawab supaya mengemukakan apa sahaja bukti kukuh yang boleh mensabitkan pertubuhan ini dengan salah laku, rasuah, penipuan, penyelewengan, penggelapan wang, ‘scamming’ dan seumpamanya,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Aman Palestin: 3 Tertuduh Didakwa Untuk 164 Kesalahan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

SPRM Siasat Aman Palestin Secara Profesional, Adil - Azam Baki

3

Semasa 5 bulan yang lalu

SPRM Beku 41 Akaun Bank Milik Aman Palestin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

'Belum Panggil Saksi, Tapi Siasatan Aman Palestin Masih Berjalan' - Azam Baki

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 9 jam yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Singapura 9 jam yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

Semasa 1 hari yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari