web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MYAirline Gantung Operasi Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 10:16AM

Salah satu pesawat MYAirline. Syarikat penerbangan tambang rendah itu digantung operasi bermula hari ini sehingga dimaklumkan kemudian.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline terpaksa menggantung operasi berikutan berdepan dengan tekanan kewangan ketara ketika ini.

Dalam satu kenyataan media ringkas pagi ini, syarikat penerbangan itu yang mula beroperasi sejak 2021, memaklumkan keputusan penggantungan operasi itu berkuatkuasa hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kenyataan itu menyebut, pengoperasiannya perlu digantung, sementara menunggu penstrukturan dan permodalan semula pemegang saham syarikat penerbangan itu.

Katanya, ahli Lembaga pengarah MYAirline memaklumkan ia kesal dan memohon maaf kerana mengambil keputusan itu berikutan memahami kesan penggantungan sementara berkenaan terhadap penumpang setia, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsinya.

“Kami telah berusaha tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” katanya.

Bagaimanapun, MYAirline memberi jaminan ia akan terus komited untuk membantu mereka yang terjejas menghadapi situasi tersebut.

Justeru, ia menasihati penumpang yang terjejas untuk tidak pergi ke lapangan terbang dan mengatur perjalanan alternatif ke destinasi mereka.

“Sila hubungi kami di [email protected], dan pasukan sokongan kami akan sedia untuk memberikan bantuan mereka,” katanya. 

Pada masa sama, kenyataan itu menyebut, lembaga pengarah, pemegang saham dan syarikat itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meneruskan semula operasinya secepat mungkin namun ia tidak dapat memberi komitmen pada sebarang garis masa, buat masa ini.

"Kami sekali lagi memohon maaf yang tidak terhingga atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul susulan penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk menyalurkan sebarang makluman yang terkemas kini," katanya.

Semalam, media melaporkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata MYAirline perlu memberi penjelasan kepada kementeriannya melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berhubung sebarang isu yang dihadapinya, sebelum agensi terbabit menyediakan apa-apa jenis bantuan.

Ia termasuk segi kemudahan, pelesenan dan sokongan kawal selia. – Getaran, 12 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad