web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Global Peace Mission Malaysia Lancar Tabung Bantuan Kecemasan Peduli Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 8:26AM

Orang ramai boleh membuat sumbangan dengan melayari www.pedulipalestin.com. - gambar Global Peace Mission

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Global Peace Misson (GPM) Malaysia melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Peduli Palestin bagi membantu rakyat negara itu yang terkesan akibat konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.

GPM Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan dana tabung itu akan terus disalur kepada mangsa terutama bantuan dari segi perubatan, makanan dan tempat tinggal.

“GPM Malaysia menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada Tabung Bantuan Kecemasan Peduli Palestin memandangkan keadaan semasa di Gaza sangat kritikal dan dijangka angka kematian, kecederaan serta kemusnahan kawasan sekitar akan terus meningkat,” menurut kenyataan itu.

Sumbangan Tabung Bantuan Kecemasan Peduli Palestin boleh disalurkan melalui akaun Maybank GPM 5642 2161 1602 dengan rujukan 'Taufan Al-Aqsa' atau secara dalam talian di www.pedulipalestin.com.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Isnin lepas, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kendalian Kementerian Luar susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad