web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 50,000 Individu Berpendapatan Rendah Terima Manfaat IPR Sehingga 5 Oktober lalu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 8:17AM

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) antara tiga inisiatif rintis bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). - gambar Kementerian Ekonomi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 128,124 permohonan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diterima Kementerian Ekonomi setakat 5 Okt 2023, dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 47,909 individu daripada kategori berpendapatan rendah layak untuk dipadankan dengan tiga inisiatif rintis IPR.

Menurut kementerian, tiga inisiatif rintis iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) telah dikenal pasti dapat membantu mengatasi isu utama seperti keterjaminan makanan, peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi.

“Pelaksanaan IPR telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan melalui permohonan yang direkodkan menerusi laman sesawang IPR (www.ipr.ekonomi.gov.my).

“Senarai pemohon akan disemak silang dengan data eKasih, iDamak dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memastikan pelaksanaan program ini benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu miskin tegar, miskin dan B40,” menurut kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Selasa.

Kementerian Ekonomi menjawab soalan Dr Richard Rapu @Aman Anak Begri (GPS-Betong) mengenai sumbangan IPR kepada peningkatan pendapatan golongan B40 serta jumlah penerima projek dan dana yang telah diluluskan bagi Sarawak pada tahun ini.

Menurut kementerian, menerusi inisiatif INTAN, sebanyak 1,020 peserta telah diluluskan bagi 16 lokasi berkeluasan 818 ekar dengan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM92,552,738 dengan tumpuan diberikan kepada tanaman strategik seperti cili dan jagung bijirin sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah import.

“Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersedia untuk memberikan bantuan berbentuk input dan peralatan moden pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal serta elaun sara hidup tempoh menunggu penuaian hasil tanaman,” jelasnya.

Bagi inisiatif INSAN, kerajaan menyediakan geran berbentuk bayaran sewaan mesin layan diri untuk tempoh dua tahun dan sehingga 5 Okt 2023, sejumlah 81 peserta telah mendapat manfaat dan meraih purata jualan harian RM150 hingga RM400.

Kerajaan juga mengambil langkah untuk memperkenalkan IKHSAN bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat penyedia perkhidmatan serta pekerja asing dalam sektor yang dikenali sebagai 3D iaitu Dirty, Dangerous and Difficult (Kotor, Bahaya dan Sukar).

Melalui inisiatif ini, Kementerian Ekonomi akan bekerjasama dengan semua kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal bagi kerja-kerja pembersihan di premis awam.

Usaha ini sekali gus bertindak sebagai pemudah cara dalam urusan pelantikan pekerja, menyediakan peralatan dan kelengkapan serta memberi bantuan elaun tambahan kepada peserta dengan kadar maksimum RM850, tambahnya.

“Sejumlah 1,032 peserta telah diluluskan bagi pelaksanaan program ini dengan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM14,179,320,” menurutnya.

Selain itu, menurut kementerian, pendekatan membasmi kemiskinan tegar menerusi pelaksanaan program secara bersasar sama ada secara individu, komuniti atau hibrid juga turut diteruskan berdasarkan profil ketua dan ahli isi rumah miskin tegar serta potensi lokaliti yang dipilih di seluruh negara.

Program yang dicadangkan merangkumi aktiviti penjanaan pendapatan, kemahiran teknikal serta peluang pekerjaan bagi membolehkan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar menjana pendapatan secara mampan.

Kementerian itu menjelaskan sehingga kini, sejumlah 1,744 KIR miskin tegar telah diluluskan bagi projek itu dengan peruntukan sebanyak RM24.7 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan pendekatan ini di seluruh negara.

Sementara itu, sehingga 30 Sept 2023, sebanyak 110,663 KIR miskin tegar direkodkan dalam sistem eKasih dan daripada jumlah itu, sebanyak 23,728 KIR miskin tegar direkodkan bagi Sarawak, menurut kementerian itu.

Pelaksanaan IPR-BMT (Basmi Miskin Tegar) bagi golongan miskin tegar di Sarawak juga telah memberi manfaat kepada 211 KIR miskin tegar dengan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2.8 juta, jelasnya.

Kementerian itu memaklumkan khusus di Sarawak, kerajaan telah mewujudkan projek pembangunan bagi Rolling Plan 3 dengan kos sekitar RM5 bilion yang merangkumi pembinaan dan menaik taraf pembangunan sekolah, infrastruktur seperti jalan, jambatan, bekalan air bersih dan elektrik, serta perubatan dan kesihatan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad