web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesawah Mengeluh Pengilang Beli Padi Pada Harga Murah, Tanggung Kos Tinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 4:43PM

Pesawah mahu kerajaan mendengar rintihan dan campur tangan bagi membaiki nasib mereka ketika ini. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Pesawah di negara ini memohon supaya kerajaan dapat mendengari rintihan mereka berikutan terpaksa menanggung peningkatan kos pertanian untuk menanam padi.

Tanpa berniat untuk mengusutkan lagi keadaan susulan krisis bekalan beras tempatan sejak akhir-akhir ini, petani terbabit berharap isu itu dapat diselesaikan segera berikutan mereka juga berdepan tindakan pengilang membeli padi pada harga murah.

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob, berkata rata-rata petani terbabit berasa amat kecewa terhadap kecelaruan industri padi dan beras di negara ini yang disifatkan sudah mencapai tahap 'kronik' dan 'gila'.

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob. - gambar Rafisqi Radhi
Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob. - gambar Rafisqi Radhi

Beliau berkata, isu kehilangan beras putih tempatan dari pasaran akibat eksploitasi di peringkat kilang dan borong masih belum selesai, kini pihak pengilang bersepakat membeli padi pada harga rendah daripada petani sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, ada pengilang yang mahu membeli dengan harga RM1,200 per metrik tan berbanding RM1,700 sebelum ini.

"Semua ini membuatkan pesawah semakin tersepit apabila semua kos untuk menanam padi seperti benih, penggunaan jentera dan sewaan bendang sudah meningkat.

“Maka penurunan harga padi ini sudah tentu menyebabkan kerugian besar kepada pesawah.

"Kehilangan beras putih tempatan dan pengurangan harga belian padi oleh pihak kilang ini jelas menunjukkan bahawa keadaan bekalan beras tempatan dan harga padi, tidak berada dalam keadaan normal disebabkan oleh campur tangan kartel," katanya dalam sidang akhbar di Kampung Lahar Budi di sini, hari ini.

Terdahulu beliau turut menyertai kira-kira 200 pesawah yang berhimpun bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu-isu berbangkit selain mendesak pihak berwajib terutamanya kerajaan, mendengar rintihan golongan petani.

Abdul Rashid menambah, punca utama masalah yang timbul adalah mekanisme harga kawalan beras yang sudah tidak sesuai kerana tidak dikaji semula sejak 2008.

Katanya, sudah tiba masanya harga siling beras putih tempatan dinaikkan daripada RM2.60 sekilogram kepada RM3.50 sekilogram manakala harga lantai belian padi mentah oleh kilang pula ditetapkan pada RM1,500 per tan berbanding RM1,200 per tan ketika ini.

"Cadangan ini jaminan jangka masa panjang bagi mengelakkan manipulasi berterusan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kami mencadangkan agar harga beras putih tempatan ditetapkan setara dengan beras import iaitu RM35 sekilogram kerana ketika ini, negara pengeluar beras seperti Thailand dan Vietnam juga sudah menetapkan kadar harga sama seperti itu.

"Ketika ini peningkatan kos pertanian seolah-olah ditanggung petani seolah-olah kami menyara 33 juta rakyat Malaysia termasuk pendatang asing bermastautin di sini,” katanya.

Justeru, beliau berkata, ia tidak adil untuk petani kerana kebanyakan mereka memang memiliki pendapatan tidak menentu.

Pada masa sama, Abdul Rashid berkata, agensi kerajaan terlibat juga dilihat lemah dalam memantau harga benih padi sah yang kini mencecah RM52 setiap beg di pintu kilang dan RM56 di pasaran runcit.

"Ini menunjukkan penguatkuasaan yang lemah daripada pihak Kawal Selia Padi dan Beras kerana nilai itu melebihi harga kawalan iaitu RM31 di kilang dan RM35 yang sepatutnya dijual di pasaran runcit.

“Ini amat mendukacitakan sedangkan pengeluar benih telah mendapat subsidi sebanyak RM20.60 bagi setiap beg dari kerajaan," katanya.

kira-kira 200 pesawah yang berhimpun bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu-isu berbangkit selain mendesak pihak berwajib terutamanya kerajaan, mendengar rintihan golongan petani. - gambar Rafisqi Radhi
kira-kira 200 pesawah yang berhimpun bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu-isu berbangkit selain mendesak pihak berwajib terutamanya kerajaan, mendengar rintihan golongan petani. - gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu, Pengerusi Pesawah, Mohd Fuad Yaacob mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa seperti mahu mengekalkan harga beras pada kadar RM2.60 sekilogram dan membiarkan petani terpaksa menanggung kos peningkatan kerja-kerja pertanian.

"Adakah kita boleh berbangga dengan harga beras yang murah tetapi mengabaikan keluh-kesah petani di bawah?

“Sebab itu perlu ada kajian semula dari segenap aspek supaya dapat kita wujudkan situasi 'menang-menang' antara semua pihak, untuk kembali memartabatkan industri padi dan beras di negara ini," katanya. – Getaran, 8 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad