web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Roger Ng Tiba Malam Ini, Bantu Siasatan 1MDB, Goldman Sachs

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 5:15PM

Roger Ng Chong Hwa dijangka tiba di Malaysia tengah malam hari ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI SIPUT - Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa dijangka tiba di Malaysia tengah malam hari ini bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, fokus kerajaan adalah untuk mendapatkan kembali aset yang dikaitkan dalam kes itu. 

“Jadi itu (Ng) kita serahkan kepada pihak berkuasa, agensi penguat kuasa untuk menjalankan siasatan. Ia dalam pengetahuan saya kerana kebanyakan agensi atau institusi terbabit, selain daripada Peguam Negara adalah agensi di bawah KDN (Kementerian Dalam Negeri).

“Kalau tiada halangan apa-apa, dia akan sampai negara kita hari ini, tengah malam nanti. Kalau tiada halangan apa-apa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bersama masyarakat Orang Asli di Pos Kuala Mu di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai Ng dan bila dia akan tiba ke Malaysia.

Semalam, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan diserahkan kepada Malaysia untuk berdepan pertuduhan di Malaysia.

Saifuddin Nasution berkata, Ng hanya berada di Amerika Syarikat untuk sementara sahaja sebelum ini bagi berdepan perbicaraan di negara itu.

“Dia telah disabitkan (hukuman) 10 tahun penjara, tetapi belum lagi menjalani pemenjaraan. Kita belum selesai lagi (siasatan), untuk itu kita maklumkan Amerika Syarikat, dalam kes ini Jabatan Keadilan (DOJ), kita maklumkan melalui Pejabat Peguam Negara, mengikut perjanjian apabila selesai perbicaraan di sana, kita boleh dapatkan dia balik.

“Jadi, kita pun ikut perjanjian itu, maka pihak DOJ bersetuju untuk dia dihantar balik bagi tujuan pihak berkuasa di Malaysia meneruskan siasatan mengenai 1MDB ataupun mengenai Goldman Sachs,” katanya.

Ditanya berkenaan lokasi ketibaan Ng, Saifuddin Nasution hanya menjawab: “(Akan tiba) ke satu destinasi yang selamatlah”.

Sementara itu, dalam kes berlainan berkenaan perkembangan siasatan terhadap menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada Isnin bagi membantu melengkapkan notis merah Interpol.

“Misalnya siasatan di bawah apa, kita kena nyatakan dalam notis untuk kita mohon notis merah itu, pertuduhan di bawah apa dan sebagainya itu kita kena lengkapkan dulu,” katanya.

Ogos lalu, Azam memberitahu media bahawa menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Bagaimanapun, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati kedua-dua individu terbabit meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 dan 21 Mei lalu, dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

Berkenaan program hari ini, Saifuddin Nasution berkata KDN menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyasarkan sebanyak 1,500 program MEKAR diadakan sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata, setakat Januari hingga 30 September tahun ini, sebanyak 1,411 program MEKAR sudah dijalankan di seluruh negara dan menerima kira-kira 40,000 permohonan berkaitan di bawah bidang kuasa JPN termasuk khidmat nasihat jabatan itu.

Program hari ini dihadiri kira-kira 900 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar dari lima kampung di sekitar Pos Kuala Mu iaitu Kampung Kuala Mu, Kampung Toh, Kampung Bersah, Kampung Gapeh Hulu dan Kampung Gapeh Hilir. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad