web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Noor Hisham Dilantik Canselor UoC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 8:46PM

Lantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) bagi menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Anwar Ali yang telah bersama universiti itu sejak 2019. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

UoC dalam kenyataannya memaklumkan Dr Noor Hisham menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Anwar Ali yang telah bersama universiti itu sejak 2019.

“Pihak universiti berbesar hati menerima beliau memandangkan reputasi cemerlang beliau dalam bidang kesihatan dan perubatan serta pengurusan kesihatan, yang akan mencerminkan legasi universiti ini dalam penjagaan kesihatan dan perubatan dengan Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dan Farmasi menjadi program pertama ditawarkan 18 tahun lepas.

“UoC yakin di bawah kapasiti beliau sebagai Canselor, Dr Noor Hisham bersama senat dan ahli lembaga pengarah universiti lain akan terus memberikan pendidikan berkualiti kepada generasi baharu pelajar yang ketika ini berdepan cabaran dalam ekonomi yang semakin bergerak pantas,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Dr Noor Hisham berkata beliau berbesar hati dilantik menjadi Canselor UoC dan berhasrat menggunakan peranannya sebagai Canselor bagi meningkatkan lagi akses kesihatan dan kesaksamaan di rantau ini.

“Saya berbangga dapat berkongsi visi dan misi UoC. Lebih penting, saya percaya universiti ini mempunyai potensi besar di MaIaysia dan di luar untuk berusaha menjadi hab pendidikan penjagaan kesihatan terbaik di wilayah Pasifik Barat,” katanya.

Dr Noor Hisham bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada April lepas selepas 35 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Beliau ketika ini Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan (SCHEPPR) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva dan baru-baru dilantik ke  Pejabat WHO Wilayah Pasifik Barat, Kumpulan Penasihat Teknikal (TAG) Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC). - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad