web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rosmah Dakwa Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Bertindih

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 8:23PM

Datin Seri Rosmah Mansor. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil kerana terdapat pertindihan dalam 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7 juta dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan yang sama.

“Pertuduhan pertama hingga pindaan ke-12 (pengubahan wang haram) adalah cacat, kabur serta defektif kerana tidak menyatakan apakah aktiviti haram atau kesalahan predikat daripada mana hasil dikatakan telah diperoleh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam afidavit jawapan yang difailkan 22 Sept lepas bagi menjawab afidavit balasan Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn dalam permohonan Rosmah bagi membatalkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.

Menerusi afidavit itu, Poh berkata tiada sebarang peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menghalang pendakwaan terhadap Rosmah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.

Sementara itu, Rosmah mendakwa butiran dalam pertuduhan ke-13 hingga ke-17 (gagal isytihar pendapatan) mengelirukan kerana telah menggabungkan kesalahan pengubahan wang haram.

“Oleh yang demikian, tidak jelas sama ada saya dipertuduhkan dengan kesalahan di bawah Akta (Pencegahan) Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau dengan kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

Dalam pada itu, Rosmah berkata sekiranya perbicaraan diteruskan dengan pertuduhan-pertuduhan yang sedia ada, maka ia bercanggah dengan haknya di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat perbicaraan yang adil.

“Dengan hanya merujuk kepada pertuduhan-pertuduhan tersebut, jelas bahawa saya tidak akan mendapat suatu perbicaraan yang adil. Tambahan pula, terdapat kemungkinan di mana saya akan dibicarakan, disabitkan dan dihukum lebih daripada sekali bagi satu kesalahan yang sama,” katanya.

Rosmah memfailkan notis usul itu, memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada kesemua 17 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 4 Okt 2020.

Rosmah, 71, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Perbicaraan bagi kes itu bermula pada 24 Ogos lepas dengan dua saksi telah dipanggil memberi keterangan. - BERNAMA 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad