web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Siap Siaga Hadapi MTL – Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 7:48PM

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa melawat tapak projek pembinaan Bangunan Hemodialisis di Klinik Kesihatan Chemomoi. Turut sama Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), termasuk menyediakan 453 klinik alternatif kepada 552 premis kesihatan KKM yang berisiko dilanda banjir, di seluruh negara.

Menteri berkenaan Dr Zaliha Mustafa berkata klinik alternatif itu, akan bersedia untuk beroperasi dan memberikan perkhidmatan kepada pesakit di kawasan premis kesihatan KKM yang terjejas banjir, sepanjang MTL yang dijangka berlaku pada November ini hingga Mac tahun depan.

Beliau berkata KKM juga telah melakukan persiapan rapi, terutamanya berkaitan kekuatan dan kesediaan petugas kesihatan, kelengkapan peralatan dan perubatan, serta aset-aset kenderaan.

“Kita sentiasa bersedia, KKM memantau rapi situasi MTL selain bekerjasama rapat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) selaku agensi pusat.

“Di peringkat negeri pula kita sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Chemomoi dan KK Telemong di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Dr Zaliha berkata KMM memantau rapi 28 projek sakit melibatkan pembinaan pelbagai projek kementerian itu di seluruh negara.

Beliau berkata pemantauan yang turut melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, bertujuan memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual asal, selain mengambil tindakan menghentikan tender kepada kontraktor yang bermasalah.

“Antara masalah utama yang kita lihat kontraktor ini hadapi sehingga gagal menunjukkan kemajuan kepada projek pembinaan ialah masalah kewangan dan tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja di tapak.

“Contohnya di KK Chemomoi ini ada satu projek sakit membabitkan pembinaan pusat dialisis yang sepatutnya dijadualkan siap bulan lepas, namun sehingga kini baru di tahap 50 peratus, jadi kita dah tamatkan perkhidmatan kontraktor lama dan akan melakukan tender semula, melantik kontraktor penyelamat bagi memastikan ia disiapkan selewat-lewatnya tahun hadapan,” katanya.

Dr Zaliha berkata apabila siap kelak, kemudahan pusat dialisis di KK Chemomoi itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 29 pesakit daripada Bentong, selain pesakit yang memerlukan rawatan sama daripada sekitar Bera.

Dalam lawatan ke KK Chemomoi itu juga Dr Zaliha berkata kementerian bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan X-Ray di premis berkenaan, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk setempat selain mengurangkan kesesakan di hospital berhampiran.

Mengenai isu kelewatan pembinaan KK Telemong di sini, beliau berkata KKM sudah mengadakan pertemuan dengan kontraktor dilantik dan mereka memberi jaminan pembinaan akan dipercepatkan dengan dijangka siap pada akhir tahun ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad