web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Letupan Gas, Penduduk Sangka Gempa Bumi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 4:22PM

Kerosakan pada bangunan dan kenderaan yang diletakkan di bawah Apartment Desa Tun Razak, Cheras, susulan kejadian letupan gas memasak di sebuah unit di tingkat 10 bangunan sama, malam tadi. - gambar JBPM Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya sangka bunyi letupan kuat dari luar rumah ketika itu adalah bunyi bangunan runtuh, lebih-lebih lagi apabila nampak pintu rumah sudah tercabut dan api di rumah hadapan sudah marak...saya terus keluar selamatkan diri,'' demikian menurut Saadon Aksah.

Saadon, 48 yang merupakan penduduk Apartment Desa Tun Razak, Cheras berkata ketika kejadian dia sedang berehat di dalam bilik, sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan serta gegaran kuat akibat letupan gas memasak di kediaman jirannya di tingkat 10, menyebabkan seorang lelaki melecur dan 12 motosikal rosak.

“Akibat letupan itu tingkap dan beberapa bahagian rumah saya mengalami kerosakan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memaklumkan rumah yang didiami sejak lapan tahun lepas masih selamat untuk diduduki.

Seorang lagi penduduk Mohd Jalil Mat Zen, 37 berkata ketika kejadian, dia bersama isteri dan seorang anaknya baru hendak masuk tidur sebelum terdengar letupan kuat dari bahagian atas bangunan.

''Kami sekeluarga yang tinggal di aras empat turut berasa gegaran itu dan bergegas keluar untuk selamatkan diri…isteri yang mempunyai penyakit jantung terpaksa dihantar ke Hospital Serdang gara-gara terkejut dengan kejadian itu,'' katanya.

Berkongsi detik cemas kejadian, Laila Mohd, 43, yang tinggal di aras sama dengan unit rumah yang terbakar itu berkata dia dan suaminya terpaksa memecahkan jeriji pintu untuk menyelamatkan diri kerana sukar dibuka akibat impak daripada letupan tersebut .

''Saya tidak sempat membawa sebarang dokumen dan hanya fikirkan untuk selamatkan diri selepas melihat api di rumah hadapan semakin marak," kata suri rumah itu.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam tadi, seorang lelaki berusia 32 tahun melecur selepas kediamannya terbakar akibat letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Kejadian tersebut turut menyebabkan dua unit rumah berhampiran dan 12 motosikal rosak setelah dihempap dinding konkrit dapur unit apartment yang runtuh akibat letupan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi Bernama berkata mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Cheras.

"Mangsa melecur 30 peratus di bahagian badan dan kini ditidurkan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad