web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demam Denggi Turun 11 Kes, KKM Rekod 3 Kematian pada ME 39

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 3:32PM

Nyamuk aedes. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi menurun sebanyak 11 kes atau 0.5 peratus kepada 2,299 pada Minggu Epidemiologi ke-39 (ME39) iaitu tempoh 24 Sept hingga 3 Sept berbanding 2,310 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan pada ME39.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini ialah 89,474 kes berbanding 43,544 kes bagi tempoh sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 45,930 kes atau 105.5 peratus.

“Sejumlah 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 26 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perbandingan kes antara ME38 dan ME39. - gambar KKM
Perbandingan kes antara ME38 dan ME39. - gambar KKM

Beliau berkata 60 lokaliti hotspot dilaporkan pada ME39 berbanding 61 pada minggu sebelumnya, dengan 46 lokaliti tersebut adalah di Selangor, sembilan lokaliti di Kuala Lumpur dan masing-masing dua di Putrajaya dan Pulau Pinang, manakala di Perak, Kelantan dan Sarawak masing-masing mencatatkan satu lokaliti.

Bagi survelan chikungunya, Datuk Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak enam kes direkodkan pada ME39 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini, sebanyak 175 kes.

Bagi survelan zika pula, sebanyak 2,535 sampel darah dan 241 sampel urin telah disaring dan hasilnya semua negatif. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad