web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Ramai Warga Tempatan Tamak, Sebab Tu Warga Asing Boleh Berniaga’ - Marina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 9:03AM

Perangai tidak senonoh warga asing di sebuah kawasan perumahan yang sempat dirakam Marina Ibrahim ketika berkhidmat sebagai Ahli Majlis - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dominasi warga asing dalam perniagaan berasaskan barangan keperluan harian dan perusahaan kecil sederhana (PKS) disahkan berpunca daripada sifat tamak haloba warga tempatan.

Mengesahkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim berkata, pengalamannya sebagai bekas Ahli Majlis menemukan beliau dengan ramai penduduk tempatan yang membuka peluang untuk pendatang asing itu berniaga.

Menurut beliau, rakyat tempatan berkenaan apabila ditanya, memberi alasan bahawa kesemua warga asing tersebut adalah pekerja yang diupah.

“Meh nak komen sebagai bekas Ahli Majlis. Kawasan aku jaga dulu kawasan perindustrian. Orang selalu tanya kenapa orang asing boleh niaga? 

“Tanya orang tempatan kenapa dia berikan peluang. Premis, lesen semua orang tempatan punya. Alasan dia warga asing tu semua pekerja dia,” katanya menerusi bebenang di X.

Marina menyatakan demikian sebagai respon terhadap persoalan dibangkitkan seorang netizen,  Aidi ER di @aidi_ezzhar yang melahirkan kebimbangan melihat lambakan perniagaan diusahakan warga asing.

“Sekarang ni dah ramai sangat aku tengok warga asing berniaga sana sini. Dari Indonesia, sampai lah Rohingya. Ada yang sampai bukak kedai runcit, kedai makan.

“YB yang banyak fight isu ni pun ADUN Duyong dkt Melaka. Kalau Penang selalu nampak Ustaz Sophian tu. Dkt KL semua tempat pun macam slow slow dah ada bongkar benda benda gini. Kalau penguatkuasa leka dan lena, biar orang orang begini buat kerja. Makin bermaharaja lela sekarang warga asing,” keluhnya.

Mengulas lanjut Marina berkata, pasar malam juga tidak terlepas daripada monopoli warga asing.

“Bila kena tindakan, “owh..mereka semua tu pekerja saya”. Lagi-lagi kawasan perindustrian ya. Korang belum pergi kedai runcit dia. Aku ni siap mengendap untuk buat rakaman. Kedai jual ayam hidup yg mana tiada lesen penyembelihan, tidak berdaftar dengan PKD (Pejabat Kesihatan Daerah). Sangat bahaya ya. Belum lagi cakap kambing lembu dia bawa sembelih merata.

“Pernah selesaikan isu kawasan perumahan yang sangat teruk bila orang tempatan semua dah keluar dari kawasan sebab rasa seperti menumpang,” katanya.

Jelas beliau, senario berkenaan menjadikan nilai pasaran rumah di kawasan tersebut menjunam, hingga menyukarkan pemilik untuk mencari pembeli atau penyewa. 

“Ada yang terbiar kosong. Sebab hari ke hari orang tempatan pindah sebab tiada solusi dan tak tahan duduk di kawasan tersebut.

“Aku ni setiap minggu pusing kawasan masa tu sebab apa? Mereka suka pakai seluar dalam mandi dekat luar rumah walau dalam ada tandas. Dulu popular juga isu rumah dijadikan hostel warga asing di sini. Nak salahkan siapa.

“Orang sendiri yg tak duduk kawasan tu nak cari keuntungan, dia sewakan pada warga asing yg bekerja di kilang berhampiran. Ni bukan kawasan rumah murah ya..rumah 3 tingkat. Satu rumah diaorg duduk sampai 30 orang. Masalah sampah benda biasa,” keluhnya.

Antara perniagaan ayam hidup yang diusahakan warga asing tanpa memperoleh kebenaran PKD - gambar X
Antara perniagaan ayam hidup yang diusahakan warga asing tanpa memperoleh kebenaran PKD - gambar X

Lebih menjengkelkan jelas Marina, warga asing di kawasan perumahan terlibat tidak segan silu bercumbu dan berpeluk di tempat awam. 

“Gambar atas tu gambar kejadian lah. Belum cerita malam-malam semua berkumpul depan rumah minum minuman keras bergaduh. Ada sorang lelaki ni bergaduh dengan warga asing bilamana dia tegur warga asing ni.

“Bini bro ni sapu sampah depan rumah, warga asing ni pakai seluar dalam je diri dekat balkoni. Suami perempuan ni tegur, dia cakap pakai sopan sebab ni kawasan kejiranan. Tapi orang ni cakap ‘siapa suruh bini u tengok..bini u yang tengok saya maknanya dia sukalah’,” katanya, kesal. 

Akuinya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memainkan peranan lebih tegas bagi memastikan pihak yang mahu mengaut keuntungan terus bermaharajalela.

“Dulu masa buat operasi memang pening kepala nak selesaikan isu ni. Tapi tulah, PBT kena mainkan peranan penting dan tegas.

“Org ni cari keuntungan yg berganda. Setakat kena denda dgn pihak berkuasa diaorg tak heran,” ciapnya. - Getaran, 6 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad