web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beradik Maut Motosikal Dinaiki Bertembung Kereta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 5:57PM

Keadaan kereta yang dilanggar remaja berkenaan dalam kemalangan di Kilometer 45 Jalan Hutan Melintang - Bagan Datuk pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua pelajar sekolah maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 45 Jalan Hutan Melintang - Bagan Datuk pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal terbabit dan adik perempuannya berumur 13 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Beliau berkata bagaimanapun, wanita berumur 28 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Viva hanya mengalami cedera ringan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal dari arah Bagan Datuk menghala ke Hutan Melintang dipercayai mahu memotong dengan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta terbabit dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.

"Mana-mana saksi atau individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) atau kamera litar tertutup boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Hanif Ghazali menerusi talian 013- 8211978 atau 05-612 2222 bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Adnan turut menasihati orang ramai supaya sentiasa memandu mengikut peraturan jalan raya dan undang-undang yang telah ditetapkan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar