web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 Mula Berkuat Kuasa Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 3:38PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [A1695] akan dilaksanakan mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, penguatkuasaan Akta A1695 membuktikan keprihatinan kerajaan untuk memberikan peluang kedua kepada individu bankrap bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan seterusnya dapat kembali menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

"Penguatkuasaan Akta A1695 ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada golongan rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 10 Mac lalu, Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pindaan kepada Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] yang juga hasil daripada pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia.

Pindaan utama membabitkan penambahbaikan peruntukan pelepasan bankrap dengan Seksyen 33C Akta 360 dipinda bagi membantu pelepasan bankrap secara automatik dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun dari tarikh individu bankrap menyerahkan pernyataan hal ehwalnya.

Azalina berkata, selaras dengan objektif Dasar Peluang Kedua, pindaan kepada Seksyen 33C dan Subseksyen 33B(2A) Akta 360 dikuatkuasakan secara retrospektif kepada kes kebankrapan yang ditadbir sebelum permulaan kuat kuasa Akta A1695.

“Dasar Peluang Kedua menyasarkan pelepasan sehingga 130,000 orang bankrap, sehingga tempoh masa satu tahun selepas Akta A1695 berkuat kuasa. Jumlah tersebut adalah separuh daripada jumlah kes yang sedang ditadbir oleh Jabatan Insolvensi,” katanya.

Menurutnya di bawah pindaan Akta Insolvensi 1967, penambahan dua kategori baharu individu yang boleh dilepaskan melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) tanpa melalui prosedur bantahan pemiutang melibatkan Subseksyen 33B(2A).

Beliau berkata, dua kategori baharu itu adalah individu bankrap yang tidak boleh mengurus diri dan hal ehwalnya akibat penyakit mental mengikut takrifan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001, serta individu bankrap berusia 70 tahun ke atas yang layak pada pendapat dan pertimbangan KPI tidak berupaya untuk menyumbang kepada pentadbiran kebankrapan.

Bagi memelihara kebajikan individu bankrap, Azalina berkata, Akta A1695 turut membuat semakan had nilai harta bankrap yang boleh dikecualikan daripada dibahagikan dalam kalangan pemiutang dan had nilai bagi maksud kelayakan kes untuk ditadbir secara pentadbiran ringkas.

Selain itu, katanya, melalui pelaksanaan Akta A1695, tadbir urus kebankrapan ditambah baik dengan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh bagi pengendalian mesyuarat pemiutang dan penyerahan notis dan dokumen pentadbiran kebankrapan secara komunikasi elektronik.

“Selanjutnya, sebagai inisiatif untuk mempercepat pentadbiran kebankrapan, kewajipan Ketua Pengarah Insolvensi untuk mengadakan mesyuarat pertama pemiutang kini dimansuhkan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad