web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Pemuda UMNO Dedah Kontroversi Kartel Beras

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 8:30PM

Dr Muhammad Akmal mendedahkan perbuatan pengilang beras menukar bungkusan beras biasa kepada beras hancur yang harganya jauh lebih tinggi. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh hari ini mendedahkan wujud konspirasi penukaran beras super spesial tempatan (SST) kepada beras hancur oleh kartel beras.

Menurut satu hantaran melalui akaun Facebook beliau hari ini, Dr Muhammad Akmal berkata, perbuatan itu dikatakan punca berlakunya kenaikan harga beras di dalam negara.

Beliau berkata, memandangkan beras hancur tidak diletakkan bawah harga kawalan, pengilang-pengilang beras dikatakan menukar bungkusan beras biasa kepada beras hancur yang harganya jauh lebih tinggi.

"Disebabkan beras hancur boleh dijual dengan bukan harga kawalan, maka kartel-kartel beras ini telah menjual beras standard dengan harga beras hancur.

"Jika harga beras tempatan ditetapkan pada RM2.60 sekilogram tetapi kartel ini telah menjual dengan harga RM3.40 sekilogram apabila menukarkan bil jualan mengikut harga beras hancur.

“Inilah antara pengkhianat yang menekan rakyat di bawah ini," katanya.

Berikutan itu, Dr Muhammad Akmal mendesak Kerajaan Perpaduan untuk bertindak lebih agresif dan mengetatkan prosedur penguatkuasaan bagi mengawal situasi berkenaan.

Antaranya, beliau mencadangkan agar Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diwujudkan semula sebagai badan penguatkuasa dan pemantauan terhadap sumber makanan asas itu.

"Kerajaan telah beri pelbagai subsidi untuk memastikan beras tempatan ini dijual dengan harga yang rendah, tetapi mereka ini telah mengkhianati kita semua.

"Beras tempatan ada, tetapi ia telah dikhianati oleh puak-puak ini dan akhirnya rakyat yang menderita.

"Apakah solusinya? Penguatkuasaan yang ketat dan secara total perlu dilakukan! Lembaga padi dan beras perlu diwujudkan semula," katanya.

LPN diwujudkan pada 1971 dan dibubarkan selepas Syarikat Padi dan Beras Nasional Berhad (BERNAS) diswastakan pada 1996.

Dr Muhammad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, sebelum itu memuatnaik dua keping gambar bagi menunjukkan perbezaan antara beras hancur dan juga beras SST yang terdapat di pasaran.

"Jawapan kepada persoalan saya sebelum ini sudah terjawab… beras A adalah beras standard (SST) manakala B adalah beras hancur.

"Tetapi di sisi mata kartel-kartel beras ini, beras tempatan ini telah bertukar menjadi beras hancur seperti dalam gambar di bawah," katanya.

Pada masa sama, Dr Muhammad Akmal memberi amaran bahawa beliau mendedahkan lagi konspirasi berkaitan beras dengan tujuan membela nasib dan keperluan rakyat bukan sahaja di Melaka, di seluruh Malaysia.

"Jangan ingat kilang di luar Melaka kita tiada maklumat ya. Nasib baik kilang ini di luar Melaka, jika dalam Melaka memang siap kena sita.

"Ini baru satu, ada banyak lagi pendedahan akan kita lakukan. Selagi mana ia adalah hak rakyat, selagi itu kita akan pertahankan dan lawan," katanya. – Getaran, 2 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad