web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Langkah Intervensi Drastik Tangani Isu Bekalan Beras

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 8:15PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, pada satu sidang media khas hari ini. - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan empat langkah intervensi drastik melibat seliaan beras negara dalam usaha menangani isu membabitkan bekalan bahan makanan ruji itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah itu adalah bagi memastikan bekalan beras putih tempatan (BPT) berada dalam keadaan terkawal.

Beliau berkata, pelaksanaan empat langkah intervensi itu sudah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pertemuan pagi ini.

Antara langkah intervensi yang dicadangkan ialah mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk di kedai-kedai runcit.

"Oleh kerana margin jualan BPT hanya 50 sen bagi kampit 10 kilogram, maka kerajaan akan menyalurkan kos pengangkutan kepada pihak FAMA.

"Selain itu, semua perolehan pembekalan beras putih bawah kontrak kerajaan akan menggunakan BPI iaitu pembekal-pembekal boleh mendapatkan bekalan pada harga borong RM3,200 (harga pintu gudang) dan ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media khas, hari ini.

Selain daripada itu, kerajaan juga bersetuju untuk menetapkan harga beras import pada kadar RM31 bagi 10 kilogram beras khas buat rakyat di Sabah dan Sarawak mulai 5 Oktober ini.

Beliau berkata, langkah itu mengambil kira pengeluaran beras tempatan yang terhad melibatkan dua negeri berkenaan.

"Dalam konteks Sabah dan Sarawak, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM950 per metrik tan Beras Putih Import (BPI) mulai 5 Oktober 2023.

“Melalui kaedah ini, harga runcit BPI di kedua-dua negeri ini akan menjadi RM31 bagi kampit 10 kilogram," katanya.

Selain daripada tiga langkah berkenaan, Kerajaan Perpaduan juga akan menjalankan Ops Bersepadu Beras Putih Tempatan yang melibatkan Badan Kawal Selia Padi dan Beras KPKM, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Operasi khas yang akan bermula esok itu bertujuan untuk memantau operasi kilang-kilang beras dan juga stor pemborong beras.

"Sampel beras juga akan diambil di semua kilang beras, di gudang-gudang pemborong dan juga di pasar raya untuk dibuat analisis kimia.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampurkan BPT dengan BPI atau menyorokkan BPT," katanya. – Getaran, 2 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad