web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Tikam Wanita Di Kedai Dobi Layan Diri Diberkas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 3:25PM

Suspek berusia 25 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan perintah reman terhadapnya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Lelaki yang disyaki menikam seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam dipercayai gunting di kedai dobi layan diri di Kuala Nerus pada Sabtu lepas, berjaya diberkas polis semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata suspek yang juga seorang penganggur berusia 25 tahun itu ditahan di Kampung Mengabang Telipot, sekitar 3.30 petang semalam.

Katanya suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama.

“Melalui siasatan awal kedua-dua mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan mangsa yang berusia 31 tahun dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah serta berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Dilapor pada Sabtu lepas seorang wanita ditikam di belakang badannya oleh seorang lelaki menggunakan senjata tajam dipercayai gunting, di dalam sebuah kedai dobi layan diri berhampiran Kem Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seberang Takir dekat Kuala Nerus.

Turut tular di media sosial, video rakaman kejadian tersebut melalui litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan yang memaparkan suspek meluru masuk lalu menikam mangsa sebelum melarikan diri.  - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad