Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SPRM Berazam Kurangkan Ketirisan, Kembalikan Aset, Dana Negara 

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 12:23PM

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfokus kepada usaha membantu meningkatkan semula ekonomi negara dengan mengurangkan ketirisan dan mengembalikan kekayaan negara, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata sesuai dengan peredaran semasa, SPRM melaksanakan kaedah terkini dan profesional bukan sahaja bagi membanteras jenayah rasuah, malah untuk mengatasi ketirisan bagi mendapatkan kembali aset dan dana kerajaan.

Katanya SPRM sudah membentuk satu kaedah penyiasatan kes berprofil tinggi membabitkan individu berjawatan atau berkedudukan tinggi dengan menggunakan kaedah Siasatan Berasaskan Risikan (IBI).

“Kaedah ini digunakan untuk kes dengan analisis mendalam yang dilakukan terhadap subjek-subjek sebelum siasatan menyeluruh dijalankan. Bermula dengan identifikasi pelaku-pelaku rasuah berprofil tinggi dan seterusnya pemulihan aset, sebelum aset dapat dikembalikan kepada kerajaan.

“Kaedah IBI ini dapat membongkarkan kesalahan rasuah besar,” katanya dalam wawancara khas sempena Ulang Tahun SPRM ke-56 di Ibu Pejabat SPRM di sini, baru-baru ini.

Katanya, SPRM juga menjalankan siasatan menerusi kaedah Model Pengurusan Penyiasatan Berpasukan (MTI) bagi memastikan kertas siasatan dapat dilengkapkan dengan cekap dan berkualiti.

Menurut beliau pendekatan tersebut dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan dan kesegeraan sesebuah kes terutamanya membabitkan kes-kes jenayah bersindiket.

“Apabila berlakunya rasuah dan salah guna kuasa, ia membabitkan ketirisan yang sangat besar. Hal ini tidak bermakna kes-kes (kecil) lain tidak diutamakan. Tetapi seperti yang saya katakan, menjadi tanggungjawab SPRM membantu negara menjana pendapatan bagi ‘merancakkan’ balik ekonomi," katanya.

Pada masa sama, katanya siasatan, pertuduhan dan beberapa proses perundangan lain masih diteruskan seiring dengan usaha pemulangan (repartriasi) sumber dana awam seperti yang sedang giat dijalankan.

Azam berkata, antara kejayaan dicapai menerusi pendekatan tersebut adalah pemulangan aset dan wang berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, katanya, terdapat segelintir masyarakat tidak memahami kelebihan pelaksanaan kaedah tersebut dan perlu diberi kesedaran berkenaan pendekatan baharu itu.

Azam berkata, segelintir pihak tidak memahami kelebihan kaedah tersebut dan ini menuntut supaya kesedaran berkenaan diberikan terhadap pendekatan baharu itu.

“Mereka beranggapan pertuduhan itu penting. Saya tidak menganggap ia (pertuduhan) tidak penting, tetapi kalau boleh jimatkan kos untuk perbicaraan tanpa ia berjalan begitu lama, itu juga lebih baik,” katanya menambah pendekatan tersebut juga diguna pakai di negara maju seperti di Amerika Syarikat (AS) yang menjadi rujukan SPRM.

Susulan itu, Azam berkata, suruhanjaya itu sedang mengkaji pelaksanaan Perjanjian Pendakwaan Tertunda (DPA) di mana proses pertuduhan terhadap mana-mana pihak berkaitan akan ditangguhkan.

“Kita akan mencadangkan kepada kerajaan supaya undang-undang ini (DPA) diadakan di mana pertuduhan ditangguhkan dan satu penyelesaian akan diambil atau dicapai supaya negara mendapat pulangan yang lebih besar,” katanya.

Menyentuh mengenai pencapaian SPRM sepanjang tahun lalu, Azam berkata, sebanyak 820 kertas siasatan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sudah dibuka dengan 766 atau 93.41 peratus kes berjaya diselesaikan dalam tahun semasa.

“Sepanjang tempoh itu juga, seramai 909 individu telah ditahan termasuk 323 penjawat awam, selebihnya dari sektor swasta, politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan lain-lain,” katanya.

Bagi pelucuthakan dan pemulihan aset oleh SPRM, katanya jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM149,695,341.49, manakala keseluruhan kompaun di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 direkodkan pada tahun lalu adalah RM44,454,800.

“Penyumbang tertinggi nilai lucut hak adalah menerusi Ops 1MDB berjumlah RM64,386,825.68, hasil kerjasama strategik pasukan penjejakan aset 1MDB yang dianggotai SPRM serta agensi penguat kuasa lain bersama Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI),” katanya.

Bagi tahun ini, dari Januari hingga Ogos, seramai 869 individu disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah ditahan dengan 324 daripadanya adalah penjawat awam.

Selain itu, katanya, 326 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan memberi dan menerima rasuah, tuntutan palsu dan salah guna kuasa.

Azam berkata, SPRM sudah membuktikan kemampuan dan kebolehan mengendalikan kes berprofil tinggi dan kompleks yang diiktiraf bukan sahaja di negara ini, malah di peringkat antarabangsa, daripada peringkat siasatan hingga pendakwaan.

Sempena ulang tahun SPRM ke-56, Azam berkata SPRM optimis mahu mencapai negara bebas rasuah bukan sahaja dari aspek penguatkuasaan atau operasi, malah menguatkan jentera pencegahan untuk menutup ruang dan peluang pelakuan rasuah sehingga ke akar umbi.

Beliau berkata, antara aktviti dirancang sempena sambutan ulang tahun SPRM ke-56 termasuk Pertandingan Mereka Bentuk Setem dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad dan Pertandingan Lagu Patriotik yang terbuka kepada pegawai serta kakitangan SPRM di seluruh negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 2 hari yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

3

Semasa 2 hari yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Semasa 14 jam yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo