web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Denggi Menurun 2.9 Peratus, 3 Kematian Dilaporkan Pada ME38

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 7:52PM

KKM catat tiga kematian akibat denggi pada ME38. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi menurun 2.9 peratus kepada 2,310 kes pada Minggu Epidemiologi ke-38 (ME38) iaitu bagi tempoh 17 hingga 23 Sept berbanding 2,380 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Dalam kenyataan mengenai situasi demam di Malaysia hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME38.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME38 meningkat 107.1 peratus kepada 87,175 kes berbanding 42,084 kes bagi tempoh sama pada 2022.

“Sejumlah 62 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022,” katanya.

Mengenai lokaliti hotspot denggi, Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot pada ME38 menurun kepada 61 lokaliti berbanding 72 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Lokaliti hotspot denggi yang dikenal pasti pada ME38 adalah 44 lokaliti di Selangor, 11 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga di Kelantan dan masing-masing satu lokaliti di Pulau Pinang, Perak dan Sabah.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai gejala demam denggi untuk mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat kerana ia penting bagi mengelakkan pesakit mengalami komplikasi kegagalan organ, pendarahan renjatan atau kematian.

Bagi survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata tiada kes direkodkan pada ME38 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 169 kes.

“Bagi survelan zika, sebanyak 2,457 sampel darah dan 226 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad