web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari ATM Ke-90

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 3:17PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menunaikan solat Jumaat bersama warga ATM serta jemaah lain. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan khutbah khas sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-90 di Masjid Khalid Bin Al-Walid, di sini hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka di masjid berkenaan pada pukul 12.35 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Hadir sama Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abd Rahman Ayob, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan pegawai-pegawai kanan ATM.

Majlis dimulai dengan bacaan yasin dengan dipimpin oleh Ketua Pengarah Kor Agama ATM Mej Jen Datuk Mohd Rashidi Bujai selaku khatib Masjid Khalid Al-Walid yang menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk Ibrah Tualang: Merealisasikan Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama.

Antara intipati khutbah yang disampaikan ialah setiap warga tentera diibaratkan sebagai pohon tualang yang ampuh, kukuh dan kuat dalam menjadi angkatan yang berkredibiliti bagi menjaga kedaulatan negara.

Barisan pertahanan negara juga diingatkan supaya tidak menjadi petualang bagi kepentingan dan kepuasan diri, tanpa melihat kepentingan yang lebih luas yang akan merugikan diri dan organisasi di masa hadapan.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya menunaikan solat Jumaat bersama jemaah dan warga ATM yang hadir, diimamkan oleh Timbalan Pengarah Dasar dan Pengurusan Kagat Brigedier Jeneral Mohd Hamzah Adam selaku imam masjid berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong kemudian berangkat pulang pada 2 petang selepas selesai menunaikan solat Jumaat dan beramah mesra bersama lebih 2,000 jemaah dan warga ATM serta orang awam yang hadir. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad