web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Baling 'Menangis' Lagi, Bila Pemerintah Mahu Sedar?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 8:53AM

Lumpur memenuhi perkarangan sebuah rumah di Baling, Kedah sebaik banjir mula surut - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika ada pihak tertentu tersenyum lebar dengan laba penanaman Musang King di Gunung Inas, penduduk marhaen di kampung sekitar terus dirundung air mata.

Hujan lebat yang melanda Baling sejak beberapa hari lalu menyaksikan daerah terbabit sekali lagi dilanda banjir, dan ia dilapor terus memburuk, apabila bilangan mangsa semakin meningkat.

Di media sosial, ratusan rintihan dan keluhan dimuat naik netizen, termasuk oleh penduduk terkesan atau aktivis alam sekitar yang sekian lama membangkitkan rasional di sebalik penerokaan Hutan Simpan Gunung Inas, bagi penanaman durian jenis Musang King.

Di TikTok, pemilik akaun @orang_batu memuat naik beberapa video, memaparkan senario semasa melanda Baling, khususnya di Mukim Kupang yang menempatkan beberapa kampung termasuk Kampung Iboi dan Kampung Sadek.

@orang_batu Bencana banjir terus-menerus menghantui penduduk daerah ini, dengan terkini beberapa kampung di sekitar Mukim Kupang antara Kg Iboi, Kg Bandang Padang, Kg Hangus, Kg Tanjung dan Sekitarnya. #xyzbca #fypシ゚viral #banjir2023 #balingkedah ♬ original sound - AKI Seruling

Pada yang mungkin terlupa, Kampung Iboi adalah ‘mangsa’ tragedi kepala air pada 4 Julai 2022.

Tragedi banjir puing itu meragut tiga nyawa, memusnahkan 15 rumah dan menjejaskan 800 penduduk.

Tinjauan Getaran pada ruangan komen mendapati ia dipenuhi rintihan penduduk setempat dan netizen yang mengecam projek perladangan di Hutan Simpan Gunung Inas.

Akaun @epulminifarm8886 misalnya berkata, Baling tidak pernah dilanda musibah seteruk itu sebelum ini.

“Sy (saya) ank (anak) jati iboi..dulu xpernah (tak pernah) jadi seteruk ni. d sbb kn (disebabkan) kerakusan sesetengah pihak yg menebang pokok2 d atas gunung inas sana..bersabarlah semua,” katanya.

Joker Comel di akaun @joker_comel05 pula berkata, projek Musang King itu sememangnya menerima bantahan pelbagai pihak.

“Aktivis alam sekitar dah kata Gunung Inas tu mcm (macam) bom jangka tapi org kata motif politik. tak pa lah. nak buat mcm mn (mana),” keluhnya.

Turut memuat naik video seakan sama ialah aktivis alam sekitar yang menggunakan akaun @wargabukitenggang.

@wargabukitenggang #tolakmusangking #bantucarakita #sayangalamsekitar #savebukitenggang #saveenvironment ♬ Instrumen Sedih - Yuda pratama

Dakwanya,  kebimbangan mengenai kesan penerokaan Gunung Inas ke atas alam sekitar telah disuarakan sejak 2017, namun ia sama sekali tidak diambil serius.

Beliau yang bernaung di bawah gerakan Save Bukit Enggang itu menerusi hantaran di Facebook berkata, musibah seumpama itu melanda saban tahun, namun tidak pernah diendahkan pemerintah.

Keluhnya, Save Bukit Enggang tidak berkeupayaan untuk menghulurkan bantuan wang ringgit kerana mereka hanya pejuang alam sekitar.

“Kami Mintak Maaf Penduduk Iboi...
Kami tiada dana untuk bantu anda semua..Kami hanya Aktivis yang mampu bercakap sebelum musibah

“Selepas musibah, kami hanya mampu turun untuk tengok di mana yang boleh kami bantu untuk ketengahkan isu sahaja..

“Musang King terlalu hebat sampai tidak dapat di sentuh??
Runtuh Gunung.

“Inilah musibah yang Kami risaukan selama ini..
Ia bukan sehari
Ia bukan seminggu
Ia bukan sebulan
Ia bukan setahun

“Tapi ia menjadi luka di hati sehingga ke akhir hayat
Trauma Anda semua kami paham,” katanya.

Setakat jam 9 malam tadi, jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,813 daripada 530 keluarga, berbanding 1,220 orang daripada 372 keluarga sebelumnya. - Getaran, 29 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad