web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gardenia KL Diminta Beri Penjelasan Kenaikan Harga Roti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 3:44PM

Sebelum ini syarikat pengeluar roti terkenal itu mengesahkan 30 produk keluarannya akan mengalami kenaikan harga antara 10 hingga 40 sen. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengeluarkan notis meminta syarikat pengeluar roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memberikan penjelasan berhubung kenaikan harga 30 jenis roti miliknya bermula 1 Okt ini.

Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata syarikat berkenaan perlu menjawab notis yang dikeluarkan semalam itu, sebagai sebahagian daripada usaha pihaknya bagi mengelak berlakunya kenaikan harga yang tidak munasabah sehingga boleh membebankan rakyat.

"Pihak Gardenia perlu menjawab notis itu dalam tempoh enam hari sebab kita hendak tahu semua kos terlibat, sebagai contoh harga tepung digunakan, kos pengangkutan, borong dan runcit. Keseluruhan rantaian bekalan ini perlu dijelaskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Rahmah Bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra di sini hari ini.

Katanya KPDN akan melakukan pengiraan secara komprehensif selepas menerima penjelasan Gardenia KL nanti, bagi menentukan sama ada kenaikan harga barangan makanan itu rasional atau tidak.

Katanya KPDN tidak dapat menghalang sesebuah syarikat untuk menaikkan harga barangan mereka, bagaimanapun penetapan harga sebenarnya masih boleh dikawal mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan.

Gardenia KL sebelum ini mengesahkan 30 produk mereka akan mengalami kenaikan harga antara 10 dan 40 sen, selepas menyemak semula harga bagi produk terpilih; namun harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast'em masih kekal bagi memastikan kenaikan tidak membebankan majoriti pelanggan.

Sementara itu dalam program Jualan Rahmah hari ini menyaksikan dua lori yang membawa muatan pelbagai barang makanan dan keperluan asas dengan nilai subsidi RM34,000 ditempatkan di kawasan PPRS berkenaan bagi memudahkan orang ramai membelinya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad