web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Curi RM22 Dari Tabung Masjid Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 1:51PM

Suhaidi Abdul Hamid dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan kes curi duit tabung masjid. - gambar Datuk Seri Sunny Ung

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan mencuri duit tabung masjid sebanyak RM22 dilepaskan dengan jaminan RM7,500 sementara menunggu perbicaraan semula kes terhadapnya.

Menurut ahli Perniagaan, Datuk Seri Sunny Ung, peguam yang dilantiknya dari firma Tetuan Ahmad Deniel Ruben & Co kini mengendalikan kes tersebut dan berjaya membebaskan tertuduh sementara menunggu hari perbicaraan.

"Sebagaimana yang semua sedia maklum, saya telah melantik peguam Tetuan Ahmad Deniel Ruben & Co bagi mengendali kes seorang tukang rumah yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 7 September lalu kerana mencuri duit sebanyak RM22 dari tabung masjid.

"Hari ini 27 September 2023, peguam tersebut berjaya memohon untuk melepaskan tertuduh  daripada penjara dan dibebaskan sementara menunggu perbicaraan semula," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Suhaidi Abdul Hamid, 45, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmod.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri duit tabung di Masjid Pulau Sekati, Kuala Terengganu pada 27 Jun lalu, jam 9.15 malam.

Perbuatan tertuduh terbongkar melalui rakaman litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan yang menunjukkan tertuduh mencuri duit tabung masjid sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Sunny sebelum ini menawarkan perkhidmatan guaman percuma buat suspek dan berkata bahawa Suhaidi berhak untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya, mengambil kira dia melakukan perbuatan tersebut kerana ingin membeli susu anak.

"Lelaki tersebut disambut oleh kakaknya dan dibawa pulang ke rumah ibunya. Dia menangis bersyukur apabila dibebaskan.

"Untuk makluman, saya juga telah membayar semula wang berjumlah RM22 kepada pihak masjid. Dua minggu lepas saya juga telah menyerahkan wang berjumlah RM220 kepada pihak masjid bagi membantu saya membeli keperluan anak-anak lelaki tersebut," katanya.

Tertuduh ditangkap pada 3 Julai di sebuah pasar raya di Kuala Nerus dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. – Getaran, 27 September 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran