web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Pusaka P. Ramlee Uzur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 1:36PM

Kesan kebocoran di siling rumah P. Ramlee yang memerlukan tindakan segera. - gambar Facebook Rais Yatim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rumah pusaka Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee kini berada dalam keadaan yang sangat uzur dan menyedihkan.

Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Datuk Seri Dr Rais Yatim mendedahkan perkara berkenaan di Facebooknya selepas melawat ke rumah Seniman Negara itu baru-baru ini.

Katanya, rumah berkenaan jelas memerlukan sentuhan baik pulih daripada pihak yang berkaitan dalam memastikan khazanah negara terus terpelihara.

"Betul-betul terkejut bila mendapati atap dan siling rumah asal Seniman Agung kita itu hampir roboh lantaran kebocoran yang berlarutan.

"Saya ambil peluang ini mohon agar jabatan yang bertauliah baikilah cepat keterbiaran ini. Keadaannya amat menyedihkan. Apatah lagi ini rumah P. Ramlee seniman idola kita," kataya.

Rumah yang didirikan di Pulau Pinang itu juga berfungsi sebagai sebuah muzium, terletak di Jalan P. Ramlee.

Rais ketika melawat rumah kelahiran P. Ramlee yang kini dijadikan muzium, di Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang. - gambar Facebook Rais Yatim
Rais ketika melawat rumah kelahiran P. Ramlee yang kini dijadikan muzium, di Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang. - gambar Facebook Rais Yatim

Ia adalah rumah kelahiran seniman itu atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh.

Rumah kayu berkenaan dibina pada tahun 1926 oleh bapa, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan bapa saudaranya Rejab Husin.

Terdapat beberapa barangan yang dipamerkan di muzium berkenaan termasuk diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupannya di Pulau Pinang, dan juga barangan milik  keluarga beliau.

Rais yang berada di Pulau Pinang untuk menghadiri seminar Rukunegara dan Perlembagaan anjuran Persatuan PEMENANG, pada Isnin lalu, singgah di muzium berkenaan selepas program tamat.

Rais menunjukkan kesan kebocoran pada siling di rumah kelahiran P. Ramlee yang kini dijadikan muzium. - gambar Facebook Rais Yatim
Rais menunjukkan kesan kebocoran pada siling di rumah kelahiran P. Ramlee yang kini dijadikan muzium. - gambar Facebook Rais Yatim

"Menurut penjaga rumah molek warisan itu laporan dah dibuat dan dikemukakan tahun lalu.

"Tentu sekali roh Ramlee akan menangis melihat rumah pusakanya dalam keadaan begitu terbiar. Saya taksir kerosakan ketirisan ini tak lebih RM15,000.

"Wahai ketua jabatan, mailah tengok dan baiki cepat," katanya. – Getaran, 27 September 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad