web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MBSA Sedia 445 CCTV Pantau Kawasan Risiko Banjir, Tapak Pelupusan Haram

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 3:06PM

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bergambar bersama peserta selepas merasmikan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke-27 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan sebanyak 445 rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berisiko banjir dan tapak pembuangan sampah haram, kata Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Cheremi Tarman. 

Katanya, CCTV berkenaan dipasang bagi pemantauan 24 jam dan sebagai persediaan menghadapi banjir di kawasan pentadbiran majlis itu, termasuk 145 CCTV bergerak di kawasan tapak pembuangan sampah haram. 

Selain itu katanya, sebanyak 50 CCTV turut disediakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu memantau kejadian bah di kawasan MBSA. 

Mengenai persiapan banjir, beliau berkata sebanyak 36 projek yang telah, sedang dan akan dimulakan melibatkan tiga fasa bermula tahun lepas dengan menumpukan kepada kawasan yang pernah dilanda banjir teruk seperti Taman Sri Muda, Stadium Shah Alam, Jalan Kebun dan beberapa kawasan di Klang Utara. 

“Projek-projek utama bagi menangani masalah banjir ini dijangka akan siap pada tahun ini, manakala projek kecil lain akan disambung lagi pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui media pada Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-27 di sini, hari ini. 

Cheremi berkata pihaknya turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyegerakan pembinaan ban di sepanjang Sungai Damansara dan Sungai Klang untuk tujuan sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Johor Pertimbang Pasang CCTV Di Surau, Masjid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

 3 Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Ketika Operasi Di Jalan Silang

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Tinggal Bayi Depan Masjid: Wanita Dalam Rakaman CCTV Diminta Tampil 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran