web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rempuh 14 Kenderaan: Pemandu Treler Didakwa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 2:00PM

Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan treler merempuh 14 kenderaan pada 20 Sept lalu di KM5.8 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan merempuh 14 kenderaan lain di KM5.8 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong pada 20 Sept lepas sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar.

Dia didakwa memandu secara merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39, di KM 5.8 Jalan Persiaran Utara di sini, pada 10.14 pagi 20 Sept lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Amalina Abu Hanifah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wan Nurul Amalina memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 berserta seorang penjamin namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 25 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada Rabu lepas, dua penunggang motosikal maut dan tujuh cedera apabila  sebuah treler muatan batu pasir merempuh kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di laluan terbabit termasuk sebuah motosikal polis trafik. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar