web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insiden 2 Tren Berlanggar Hingga 213 Cedera Kejutkan Negara

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 8:05AM

Wee Ka Siong melihat salah satu tren yang terlibat dalam perlanggaran di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC, malam tadi. - Gambar Facebook Wee Ka Siong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC pada malam Isnin, menyebabkan 47 penumpang parah manakala 166 lagi cedera ringan. 

Foto dan video tular dikongsi di media sosial memaparkan penumpang LRT berkenaan yang dilihat cedera, terduduk, terbaring, malah ada yang dilihat berlumuran darah dalam insiden pada pukul 8.45 malam itu, benar-benar mengejutkan negara.

Insiden berlaku pada hari ke-12 Syawal, ketika negara sedang berhadapan dengan situasi kritikal pandemik COVID-19, menyebabkan tumpuan rakyat beralih seketika kepada insiden yang melibatkan sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji. 

Seramai 213 penumpang  yang berada di dalam satu tren itu cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta beberapa hospital berhampiran.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua penumpang itu berada di dalam tren yang dalam perjalanan dari Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Gombak, manakala sebuah lagi dari Stesen LRT Kampung Baru ke Stesen LRT Gombak dan hanya membawa seorang pemandu.

Di lokasi kejadian, anggota penyelamat terdiri daripada petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Angkatan Tentera Malaysa bertungkus lumus membantu kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa terlibat.

Kesemua penumpang berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 9.50 malam dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta beberapa hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Perkarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL juga dipenuhi ahli keluarga mangsa yang menunggu dengan penuh sabar bagi mendapatkan maklumat berhubung insiden berkenaan. Bagaimanapun pengamal media yang berkumpul di HKL tidak dibenarkan mendekati ahli keluarga mangsa bagi tujuan temuramah. 

Prasarana selaku pengendali perkhidmatan berkenaan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. 

Pengarah Jabatan dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa kerana laluan yang terlalu sempit di dalam terowong, dan mereka terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga kerana landasan tren itu mempunyai banyak kabel elektrik.

Beliau turut memaklumkan bahawa semasa pasukan penyelamat tiba, ada pintu tren telahpun dibuka dan ada mangsa yang telah keluar menyelamatkan diri. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong yang turut melawat lokasi kejadian itu berkata satu pasukan panel penyiasat khas akan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca insiden.

Menurutnya laporan awal insiden berkenaan akan dihantar kepada beliau oleh ketua pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pagi Selasa, manakala hasil siasatan oleh pasukan khas itu pula dijangka akan dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam tempoh dua minggu.

Insiden itu turut menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang segera memberikan arahan kepada semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan menyeluruh memandangkan negara berada dalam gelombang pandemik COVID-19 yang sedang meningkat naik.

Memandang serius kemalangan itu, Muhyiddin menyatakan beliau juga telah mengarahkan MOT dan Prasarana Malaysia Berhad melakukan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca kemalangan dan tindakan tegas harus diambil dengan segera. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar