web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Johor Sedia Laksana Tugas Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 12:54PM

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.

“Ia bukan satu kenaikan pangkat. Ia adalah tanggungjawab yang saya sedia untuk laksanakan bagi pihak Raja-Raja Melayu," titah baginda semasa wawancara eksklusif bersama Bernama yang diketuai Pengerusinya Datuk Seri Wong Chun Wai di kediaman peribadi baginda, di sini, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa keutamaan baginda adalah menjaga kebajikan rakyat.

“Rakyat akan sentiasa didahulukan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim enggan mengulas lanjut dan bertitah adalah lebih baik menunggu mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai.

Raja-Raja Melayu dijangka memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 27 Okt ini di bawah sistem pemilihan yang unik, namun berkemungkinan mengekalkan sistem penggiliran bagi memilih Yang di-Pertuan Agong baharu dalam kalangan sembilan Raja.

Pemerintahan lima tahun Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, dijadualkan berakhir pada penghujung Januari depan.

Sultan Ibrahim telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010. - BERNAMA 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad