web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Suami Isteri Aniaya Kanak-kanak 6 Tahun Dipenjara 2 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 3:39PM

Suami isteri itu turut dikenakan bon kelakuan baik selama dua tahun dan melakukan kerja khidmat masyarakat selama 80 jam. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara Mac tahun ini hingga 12 Sept lepas.

Hakim Norma Ismail turut memerintahkan bapa kandung kanak-kanak itu yang berumur 27 tahun dan ibu tiri kanak-kanak itu, 31, masing-masing dikenakan bon kelakuan baik selama dua tahun dan melakukan kerja khidmat masyarakat selama 80 jam.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa telah menganiaya kanak-kanak itu sehingga mengalami kecederaan fizikal antara Mac ini sehingga 12 Sept lepas di sebuah rumah di Bahau, Jempol.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Peh Fong Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum itu, Peh memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kepada pasangan tersebut kerana sebagai ibu bapa, mereka seharusnya menjaga anak bukan mendera kanak-kanak yang tidak mampu mempertahankan diri.

"Kes ini serius, hukuman berat kepada tertuduh perlu diberikan atas faktor kecederaan di seluruh badan kanak-kanak itu. Hukuman yang berat juga dapat memberikan amaran kepada orang awam," katanya.

Pasangan itu memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana memiliki tiga anak yang masih kecil.

"Saya harap hakim ringankan hukuman. Saya masih ada tiga orang anak yang masih kecil… saya minta maaf, saya tahu memang saya betul-betul bersalah (sepatutnya) menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik untuk keluarga saya," kata bapa kanak-kanak itu. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad