web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pocket Rocketman Perlu Sokongan Semua

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 12:52PM

Datuk Mohd Azizulhasni Awang - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Semua pihak perlu terus memberikan sokongan kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang susulan keputusan mengejut bekas juara dunia keirin itu menarik diri daripada temasya Sukan Asia 2022 di sini.

Ketua Kontinjen negara (CDM) ke temasya berkenaan Datuk Chong Kim Fatt yang ditemui di sini berkata, Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman wajar diberikan peluang untuk bangkit semula kerana beliau adalah wira yang telah banyak mengharumkan nama negara.

Kim Fatt yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata keputusan yang dibuat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu bukan sesuatu yang diinginkan selepas secara peribadi memberitahu mahu menghadiahkan dua butir emas pada edisi kali ini.

“Untuk saya beliau (Mohd Azizulhasni) adalah seorang atlet yang bagus dan taat kepada negara...Kita doakan beliau sembuh secepat mungkin dan masih boleh berkayuh sehingga Sukan Olimpik Paris 2024.

“Apa yang berlaku menjelang Sukan Asia tak penting, yang penting adalah keselamatan dan kesihatan beliau,” katanya yang turut optimis Mohd Azizulhasni berupaya kembali ke tahap optimum menjelang Olimpik Paris.

Semalam, Mohd Azizulhasni mengumumkan terpaksa menarik daripada beraksi di sini selepas mengalami kecederaan pada kaki dan pinggul kiri ketika sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai, Jumaat lepas.

Katanya, keputusan itu diambil setelah berbincang dengan jurulatihnya John Beasley dan pasukan, sebagai langkah terbaik bagi mengelakkan kecederaan tersebut bertambah parah.

Sementara itu, Kim Fatt yakin kontinjen negara tetap mampu mencapai sasaran 27 pingat biarpun tanpa kelibat Mohd Azizulhasni.

“Berdasarkan perkiraan kami sebelum ini memang terkesan, kami memang harapkan beliau...tapi selepas kajian dibuat dalam beberapa hari kebelakangan ini, kami percaya sasaran tetap mampu dicapai kerana ada data yang menyokong perkiraan kami,” kata Presiden Persekutuan Wusyu Malaysia itu.

Pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia, Mohd Azizulhasni menyumbangkan masing-masing satu emas dalam acara pecut, diikuti perak (pecut berpasukan) dan gangsa (keirin).

Sebagai rekod, penerjun negara yang juga juara dunia 2017 Cheong Jun Hoong turut menarik diri daripada Sukan Asia 2018 susulan kecederaan.

Sukan Asia Hangzhou 2022 akan bermula secara rasmi pada 23 Sept hingga 8 Okt ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad