web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN, PN Beli Borang Penamaan Untuk PRK Pelangai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 2:29PM

Hari Penamaan Calon bagi PRK DUN Pelangai ditetapkan pada 23 Sept ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sebanyak tujuh borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sudah terjual setakat ini. 

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Zamree Hamli berkata semua borang itu dibeli UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan sebuah pertubuhan.

"UMNO dan PN masing-masing membeli tiga set borang, manakala bakinya dibeli oleh Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP)," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

PRK Pelangai akan berlangsung pada 7 Okt ini, susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

SPR menetapkan hari penamaan calon pada 23 Sept ini, manakala 3 Okt ditetapkan sebagai hari pengundian awal.

BN dan PN dijadualkan mengumumkan calon mereka pada malam esok di bandar Bentong dan Pelangai.

Pada 29 Ogos lepas, Presiden PSAP Haslihelmy DM Zulhasli yang merupakan anak jati Pelangai menjadi individu pertama ke pejabat SPR untuk membeli borang penamaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN Kasim Samat, Ahmed Wafiuddin daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Pejuang Isa Ahmad. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad